in

Gangguan Jin Ummu Sibyan Amat Menakutkan – Ibu Kongsi Pengalaman

gangguan jin ummu sibyan dalam Islam

Mungkin masih ramai yang tidak tahu langsung tentang jin Ummu Sibyan dan mungkin pernah tetapi tidak tahu apakah dan siapakah empunya nama ini. Ia sememangnya sangat terkenal dan berkait dengan gangguan bayi kecil dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun.

Jin Ummu Sibyan ini adalah sejenis jin yang dipercayai dari rupa atau wajah kaum perempuan yang gemar menganggu dan mengusik bayi atau anak kecil berserta wanita yang masih hamil. Ia juga dikatakan mampu mengikat rahim wanita serta turut membunuh bayi ketika masih dalam kandungan.

Mengapa ia berbuat demikian? Jin ini juga dikatakan memasuki ke dalam rahim perempuan serta menyumbat dengan tujuan agar wanita tersebut tidak akan mengandung atau tidak mampu hamil. Apabila dia berjaya masuk dan terdapat janin di dalamnya, jin ini pasti akan menendang sehingga berlaku keguguran menjadikan rahim kosong.

Gangguan Jin Ummu Sibyan Dalam Islam

gambar dan rupa ummu sibyan
Rupa jin Ummu Sibyan dikatakan menyerupai wajah perempuan yang sering menganggu bayi dan wanita hamil.

Tetapi sejauh manakah kebenaran dan kesahihan tentang jin Ummu Sibyan dalam Islam? Sebenarnya berbagai versi tentang jin ini yang disebarkan, namun yang pasti ia berkaitan dengan gangguan bayi dan juga orang perempuang yang mengandung. Malahan ada cerita berkaitan dengan 7 perjanjian jin Ummu Shibyan dengan Nabi Sulaiman.

Walau bagaimanapun, hadis tentang Ummu Shibyan ini adalah DAIF dan hadis melarang kanak-kanak berkeliaran pada waktu Maghrib iaitu senja adalah SAHIH kerana waktu tersebut syaitan dan iblis sedang berkeliaran.

Berikut adalah perkongsian dari Mcyah Joanjett yang berkongsi pengalaman dengan gangguan jin Ummu Sibyan ketika dia mengandung anak pertama dan juga anak keduanya. Kejadian ini telah memberi kesan yang mendalam kepadanya dan beliau mengharapkan perkongsian ini dapat dijadikan iktibar dan teladan kepada semua orang terutama wanita yang mengandung.

15 BULAN BERDAMPING DENGAN JIN UMMU SIBYAN

doa elak gangguan ummu shibyan
Ilustrasi gambar ini memaparkan gambaran wajah Ummu Sibyan yang menyusukan bayi. – Facebook

Hari ini saya terbaca post yang viral berkenaan jin Ummu Sibyan. Ingin saya kongsikan kisah benar yang terjadi pada diri sendiri agar kita boleh jadikan iktibar.

Sejak awal kandungan saya, sering berlaku kejadian pelik-pelik tapi ia lebih ketara sejak saya mula berpindah ke kuarters sewaktu usia kandungan 7 bulan.

Saya menginap seorang diri kerana suami bekerja di Kuala Lumpur. Kuartes saya paling atas. Tingkat ke-4 tanpa lift. Tingkat 1 dan 2 sahaja ada penguni. Tingkat 3 kosong dan saya dapat tingkat 4. Saya memelihara 2 ekor anak kucing untuk teman saya kerana di rumah itu terasa sunyi gemersik. Setiap malam angin bersiul seperti seruling dan kucing-kucing akan mengiau tanpa henti. Saya rasa seram sejuk tapi apakan daya hanya sendirian.

Boleh dikatakan setiap malam saya mimpi perut diusap dan diurut. Terkadang saya mimpi perkara sama 4 kali berturut-turut pada satu malam. Sering juga saya mimpi seekor langsuir (berbaju putih berambut panjang) bertenggek di jendela tempat tidur.

Dia tak buat apa-apa hanya memandang saya tidur. Saya juga mimpi ramai bayi datang merangkak ke arah saya minta disusukan tetapi bayi-bayi ini punya gigi tajam-tajam seperti ikan. Mimpi ini berulang sehingga kandungan saya masuk 8 bulan.

Pernah kawan saya Rohayu Yusof tumpang bermalam, keesokan harinya dia bergegas pulang dan saya jumpa dia 2 hari selepas itu. Katanya pulang dari rumah saya kaki dia sakit dan lebam. Bila berubat, ustaz kata diganggu polong. Saya fikir itu mainan iblis.

Kemudian kawan saya yang lain pula @cikyuyu datang bermalam temankan saya. Keesokannya dia demam. Saya kerumahnya, ibu dia bgtau pulang dari rumah saya, dia demam panas dan bercakap merapu seperti tidak sedar. Setelah berubat ustaz mengatakan diganggu polong.

Allahu. Saya terdiam kerana 2 sahabat berlaku perkara yang sama pada hari berlainan. Saya sungguh tak sedap hati. Saya bagitau suami suruh datang ke sini. Saya minta dia carikan rumah sewa. Alasan saya kerana sudah tidak larat nak naik tangga. Saya dah sarat. Akhirnya saya dapat rumah sewa baru di kawasan perumahan. Ada jiran keliling jadi saya tidak rasa sunyi.

Waktu di rumah baru, saya tertidur di depan tv. Kemudian suami datang kejutkan saya untuk masuk tidur ke dalam bilik, saya lihat muka suami senyum sambil usap kepala saya. Bila saya bangun, saya lihat suami juga tidur depan tv sebelah saya. Cepat-cepat saya kejutkan suami. Saya tanya dia, ada kejutkan saya ke tadi? Katanya tidak. Dia pun tertidur. Saya dah mula rasa lain. Tapi saya pelik. Kan saya dah pindah rumah. Takkan masih ada gangguan.

Sehinggalah saya dah sampai bulan untuk melahirkan. Ari-ari saya sakit, berjalan pun sudah terkangkang. Ada lendir-lendir keluar. Bila ke klinik katanya jalan belum terbuka. Baru 1cm. Saya pulang. Mak bawa saya ke rumah bidan. Bidan urut. Kata bidan, saya seperti nak beranak sangat dah ni tapi kenapa jalan tak nak terbuka. Bidan suruh saya cari orang yang boleh buatkan air tawar.

Baca juga : Cara Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau

cara mengusir jin ummu sibyan
Wanita mengandung sering menjadi tumpuan jin yang amat menyukai bayi ini.

Kemudian suami bawa saya berjumpa neneknya kerana nenek dia boleh berubat orang juga. Selepas minum air tawar saya menangis. Terasa sedih dan lemah semangat. Nenek bagitau, saya sedih kerana akan berpisah dengan JIN UMMU SIBYAN. Jin ini dah lama berdamping dengan saya.

Tugas Ummu Sibyan adalah menghalang wanita dari mengandung, jika sudah mengandung tugasnya untuk menggugurkan kandungan. Jika kandungan selamat sehingga ke bulan terakhir, tugasnya adalah melemaskan anak itu. Jika anak berjaya dilahirkan, tugasnya untuk mematikan anak itu dengan sawan. Allahuakhbar tersentap saya.

Jadi sekarang ini Ummu Sibyan menghalang saya dari melahirkan. Dia tutup jalan. Insya Allah setelah minum air tawar ini, semuanya dipermudahkan. Saya pulang ke rumah jam 11 malam. Pukul 3 pagi air ketuban pecah dan alhamdulillah 9 pagi keluarlah cahaya mata sulong kami. Bersyukur sangat kerana jin Ummu Shibyan tewas dalam menghancurkan kandungan saya.

Saya fikir semuanya sudah selesai. Tapi tidak. Setelah anak saya berumur 3 bulan. Saya mengandung kali kedua. Suami saya kembali bekerja di Kuala Lumpur. Jadi saya tinggal bersama anak yang berusia 3 bulan dan kandungan berusia 1 bulan. Anak saya tidak boleh tinggal sendirian. Dia akan menangis melalak seperti ketakutan. Kalau nak berak pun saya terpaksa bawa dia sekali ke tandas. Kalau tak, dia menangis sehingga matanya naik ke atas dan badannya melengkung.

Keadaan ini berterusan sehingga umurnya 6 bulan. Ia menjadi parah apabila dia menangis setiap kali senja pukul 6.30 ptg sehingga 8 malam. Dan tangisan itu akan bermula semula waktu dinihari pukul 4-5 pagi.

Sehingga pada suatu hari dia demam panas dan menangis mata naik ke atas dan badan melengkung seperti sawan. Sewaktu itu usia kandungan kedua saya 4 bulan. Saya bawa anak saya balik ke kampung drive kereta seorang diri pukul 10 malam. Saya sampai di kampung jam 1 pagi.

gangguan jin ummu shibyan
Bayi dan kanak-kanak sering menjadi mangsa gangguan ini akan terus menangis dan melalak tanpa henti.

Saya tak boleh lagi duduk di rumah sewa itu. Saya diselubungi rasa takut. Kemudian saya naik bas dan ke KL untuk berjumpa suami. Sesungguhnya Allah tahu bebanan saya. Semasa di rumah sewa suami di KL, di waktu maghrib anak saya sekali lagi menangis tanpa henti lebih kurang 2 jam diiringi keadaannya seperti nak sawan. Kemudian kawan suami saya bawa kami ke rumah ustaz di Damansara Damai.

Ustaz tu beritahu, ini angkara JIN UMMU SIBYAN. Allahu sekali lagi saya terkejut mendengar nama jin ini buat kali kedua. Kemudian saya cerita semuanya kepada ustaz tu sejak saya mengandung anak pertama. Ustaz itu bagitau, Ummu Sibyan ini dah lama benar berdamping dengan saya.

Larilah ke mana pun tidak akan senang kerana bukan rumah itu puncanya tetapi jin ini berada bersama saya. JIN UMMU SHIBYAN ini benar benar inginkan anak pertama saya sejak dia tahu benih itu tersemai. Dan sehingga anak saya berusia 6 bulan Ummu Sibyan masih berdamping.

Saya menangis ketakutan. Sejak kejadian itu, suami saya Vanillas Vanillas berhenti kerja dan pulang ke kampung tinggal bersama saya. Sungguh perit memikul bebanan ini seorang diri. Sehingga sekarang anak saya sudah 3 orang alhamdulillah tiada lagi gangguan JIN UMMU SIBYAN. Tetapi saya selalu beringat kerana jin dan iblis itu sentiasa mencari ruang. Wallahualam. Terima kasih. – Mcyah Joanjett

Cara Mengatasi dan Doa Mengusir Jin Ummu Sibyan

doa halau jin Ummu sibyan
Selain menggunakan bomoh adalah lebih baik kita mengamalkan bacaan ayat Al-Quran untuk mengusir jin ini.

Berikut dikongsikan cara untuk mengelakkan gangguan Ummu Sibyan yang boleh anda lakukan sekiranya menyedari adanya tanda-tanda terkena gangguan jin ini;

1. Pastikan anda menutup semua pintu dan tingkap pada waktu Maghrib.
2. Jangan sekali-kali mengangkat jemuran baju atau kain apa saja yang dijemur pada waktu Maghrib.

Doa Elak Gangguan Ummu Sibyan

Berikutnya cara mengatasi gangguan yang berlaku kepada anak atau bayi anda.

1. Anda perlu meniarapkan bayi dan elakkan daripada anak terus melihat ke arah yang tidak sepatutnya.

2. Kemudian bacakan ayat Kursi dan Surah Tiga Qul, setelah itu hembus atau tiup ke atas ubun-ubun bayi sehingga bayi berhenti menangis.

2. Anda boleh menghalau jin ini dengan menggunakan percakapan atau bahasa anda sendiri seperti contoh, “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau dan keluarlah kau dari rumahku ini dan janganlah kau ganggu anak-anakku“, insha Allah dengan izin Allah dia pasti akan pergi begitu saja.

Baca juga : 9 Amalan Untuk Menghindari Gangguan Syaitan, Sihir. No 2 Ramai Yang Jarang Buat Sedangkan Penting dan Mudah

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments