Kecoh dan viral di laman sosial selepas usahawan terkenal Dato Aliff Syukri telah memuat naik dua rakaman video di laman Facebook dan Youtube miliknya di mana dia dilihat sedang mengamuk selepas mendakwa pembantu rumahnya mencuri wang dan barang-barang milik isterinya.
Melalui rakaman video berkenaan beliau menunjukkan barang-barang yang dicuri oleh bibiknya itu dan beliau dikatakan mahu membuat laporan polis mengenai pembantu rumahnya itu yang baru bekerja sebulan.
Bagaimanapun dilihat pembantu rumanhya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.
“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku, saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak2 dia, siap belikan make up hias wajah. Dia tak buat kerja pun saya tak marah ini yang dibalas dengan saya,” tulisnya di laman Facebook.
Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri dimana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg dan ingin beredar dari tempat itu dengan segera sebelum beliau dapat menahan pembantu rumah terbabit.
Berikutnya adalah rakaman video dari Dato Aliff Syukri.
bibik pencuri? dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah??. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya… nak vedio pasal maid mencuri ni boleh ke youtube canel: tvterlajaklaris sbb teralu panjang citer yee geram saya..
Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, 13 June 2017
Sumber: Siakapkeli
Loading…