Viral di media sosial Facebook sebuah gerai nasi kerabu di Kota Bharu telah memperkenalkan kaedah bayaran yang menggunakan mata wang maya Bitcoin.
Gerai Jijah NK Stall terletak di Kampung Pauh, Badang kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar, berada dalam peta para pedagang yang menerima mata wang krypto digital tersebut.
Pemilik gerai iaitu pesara tentera, Safihin Mohammed,65, memperkenalkan sistem pembayaran digital itu di gerai isterinya Azizah Derahman baru-baru ini.
Melalui Mstar, Safihin berkata, Bitcoin akan menjadi alat pertukaran nilai mata wang digital pada masa akan datang.
Menurutnya, Bitcoin belum diterima oleh pelanggan di gerainya, dia hanya menerima lapan transaksi dalam masa tempoh dua bulan.
“Nilai Bitcoins naik mendadak” katanya sambil menambah bahawa satu unit Bitcoins berjumlah RM18,701 berbanding 23 tahun dahulu.
“Walaupun, pelanggan hanya perlu membayar 0.00025 dalam Bitcoin untuk membeli sebungkus nasi kerabu yang bernilai RM5, mereka lebih gemar membayar secara tunai” kata Safihin.
Selain itu,pengguna Bitcoin tidak perlu bimbang risiko menjadi mangsa ragut atau perompak.
Pengguna Bitcoin tidak perlu bawa wang tunai, mereka hanya pengimbas QR kod melalui peranti mudah alih untuk membuat bayaran.
Lebih menarik apabila peniaga gerai tersebut dikatakan telah mempelajari tentang Bitcoin melalui laman sesawang Google.
“Jika kita tidak mengikut perkembangan semasa, kita akan ketinggalan,” tambah Safihin.
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde berkata, bahawa mata wang digital berpotensi menggantikan mata wang tunai lama tidak lama lagi.
One Comment
Leave a Reply