in

Ada Berlakon Dalam Gerak Khas, Ingatkan Polis Olok-0lok, Rupanya Memang Betul. SAC Datuk Shaharon Anuar Kini Dah Bersara

gerak khas

Siapa sahaja yang tidak mengetahui drama bersiri ‘Gerak Khas’, kan? 

Drama popular ini memaparkan cerita mengenai kepolisian yang menjadi kegemaran hampir rata-rata rakyat Malaysia pada suatu masa dahulu. Terdapat banyak watak menarik yang dilakonkan termasuklah watak ASP Saiful. Ingat tak, yang mana satu ASP Saiful ni? 

Kalau anda pengikut tegar drama bersiri ini sudah pasti anda tahu!

GERAK KHAS

Untuk pengetahuan anda, watak ASP Saiful tersebut dilakonkan oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang sebenar iaitu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Shaharon Anuar Bin Abdul Latif. 

Walaupun bertugas sebagai pegawai polis, beliau memiliki bakat yang besar dalam bidang lakonan. Watak yang dibawa beliau memaparkan watak seorang pegawai polis yang tegas dan bertanggungjawab serta disenangi oleh anggota polis yang lain. Sebenarnya, watak tersebut benar-benar menggambarkan keperibadian beliau. 

Bermula Sebagai Model Iklan Sebelum Memegang Watak ‘ASP Saiful’

Menurut beliau, sebelum ditawarkan menjadi pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’, beliau bermula sebagai model iklan komersial,Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989. Selain itu, beliau juga pernah berlakon di sebuah filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang yang dikeluakan pada tahun 1992. 

gerak khas

Tambah beliau lagi, beliau memulakan lakonan dalam drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini pada tahun 1998. Penglibatan beliau pada mulanya sebagai penasihat teknikal dan kemudiannya turut berlakon sebagai watak pembantu. 

“Pada waktu itu, Datuk Yusof Haslam selaku penerbit bercadang untuk membuat drama bersiri seperti Hawaii Five-0 yang mana anggota polis tidak memakai uniform.

“Manakala, saya sebagai penasihat teknikal telah memberi pandangan agar drama itu perlu ada watak pegawai polis memakai uniform dan detɛktif yang tidak memakai uniform, maka terhasilnya drama bersiri ‘Gerak Khas’.”

Bahagi Masa Bekerja Dan Berlakon

Apabila ditanya mengenai waktu bekerja dan juga berlakon, beliau mengulas mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas. Di samping itu, pihak pihak produksi juga telah menyusun jadual penggambaran mengikut kesesuaian beliau. 

“Saya hanya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Walaupun tiada waktu untuk berehat atau masa bersama keluarga namun itulah pengorbanannya” 

Daripada segi lakonan pula, beliau mengakuinya tidak ada masalah untuk melakonkan watak tersebut kerana beliau terbiasa dengan watak tersebut. Walaubagaimanapun, watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Bersara

Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Shaharon Anuar Bin Abdul Latif telah bersara secara rasminya selepas 38 tahun berkhidmat. Jawatan terakhir yang beliau pegang ialah sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau juga ada berhasrat untuk membuka rumah produksi sendiri serta menceburi bidang korporat selepas persaraannya. 

GERAK KHAS

Drama Gerak Khas Beri Kesan Positif

Tidak dinafikan, drama bersiri ini sememangnya memberi kesan yang positif kepada penonton terutamanya para remaja. 

Terdapat banyak mesej yang disampaikan melalui drama ini. Antara kesan utama daripada kewujudan drama ini membuatkan ramai anak muda berminat untuk menjadi polis. Selain itu, drama bersiri ini juga menyampaikan mesej agar jangan sesekali melakukan jenayah. 

Kesimpulannya, drama bersiri yang berjaya mendapat tempat istimewa dalam kalangan rakyat Malaysia ini sememangnya satu drama yang berjaya mengajak masyarakat agar lebih cakna, berhati-hati dalam melakukan apa jua tindakan serta menunjukkan imej polis sebagai pelindung yang boleh dipercayai.

Sumber: OHINFOKINI.COM

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0