in

Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu Jejas Tumpuan Pemanduan

Memandu sambil guna telefon

Pasti ramai pemandu kenderaan di jalan raya masih lagi tidak mementingkan keselamatan dan tidak memberikan tumpuan dengan pemanduan mereka apabila masih guna telefon bimbit ketika memandu walaupun berkali-kali dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Budaya menggunakan telefon semasa memandu mampu mengakibatkan fokus pemanduan seseorang pemandu itu terjejas dalam sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan pula seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.

guna telefon semasa memandu
Elakkan guna telefon bimbit ketika memandu kerana ia menjadi satu kesalahan.

Menurut Pakar Kejuruteraan Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ezree Abdullah, ini termasuk pemandu menggunakan aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.

Katanya lagi, dalam situasi tersebut tidak ramai pemandu yang menyedari mereka sebenarnya sedang mengalihkan pandangan pemanduan mereka serta turut menghilangkan fokus terhadap lenderaan yang dikawal sekaligus akan mengundang kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya
Kadar kemalangan meningkat yang menyebabkan kesilapan pemandu guna telefon semasa memandu.

Sehingga kini masih lagi ramai yang tidak mempedulikan tentang risiko dan bahaya di jalan raya dengan menggunakan telefon ketika memandu. Kebanyakan mereka turut mengambil kesempatan ini ketika dalam kesesakan trafik atau kenderaan yang bergerak perlahan seperti di lebuh raya ketika musim perayaan.

Sepatutnya tumpuan harus diberikan kepada pemanduan serta meningkatkan rasa tanggungjawab yang lebih lagi terhadap diri sendiri atau keluarga iaitu penumpang yang dibawa bersama. Sewaktu jalan raya penuh sesak sepatutnya tumpuan perlu lebih lagi berbanding pemanduan biasa.

“Budaya masyarakat kita bila jalan sesak atau kereta bergerak perlahan sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam, masa itu mereka ambil peluang ‘bermain’ telefon dengan merakam gambar, menghantar atau membalas mesej dan bermain permainan video.

Baca : Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakan dan Cara Mudah Untuk Memperbaiki, Jangan Ambil Mudah!

“Tingkah laku sedemikian boleh mengundang kemalangan kerana ada perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan kita seperti kereta di hadapan brek mengejut, motosikal atau kenderaan lain melintas secara tiba-tiba dan sebagainya,” katanya.

kesan penggunaan telefon bimbit semasa memandu
Penggunaan telefon bimbit di jalan raya akan menyebabkan kemalangan tanpa disangka berlaku.

Menerusi Harian Metro, Mohd Ezree turut menasihatkan kepada semua pemandu supaya serta-merta mengubah sikap mereka dengan memberikan perhatian penuh dan lebih serius khususnya sewaktu memandu pada jarak jauh dan cuti panjang ini kerana terdapat peningkatan kenderaan di jalan raya yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kemalangan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments