in

Siapakah Orang Yang Kejam Itu Menggunakan Anak Kecil Yang Sedang Sakit Untuk Meminta Sedekah Demi Meraih Pendapatan Mudah?

Rakyat Malaysia sememangnya amat dikenali dengan keprihatinan dan suka memberikan pertolongan kepada mereka golongan yang tidak bernasib baik, orang susah, peminta sedekah dan sebagainya. Malahan, ada sesetengah daripada kita akan memberikan bantuan tanpa banyak soal sekiranya ada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang kurang upaya yang meminta pertolongan.

Baru-baru ini, satu perkongsian seorang lelaki yang menyatakan beliau tidak berpuas hati tentang adanya individu yang dikatakan telah mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan lumayan dengan menggunakan kanak-kanak OKU sebagai peminta sedekah.

Lelaki terbabit, Akhi Fairuz Al-Jengkawi melalui laman Facebook miliknya telah menjelaskan bahawa beliau amat amrah apabila masih lagi ada individu yang langsung tidak bertanggungjawab dengan mempergunakan budak OKU untuk meraih simpati orang ramai supaya mendapatkan pendapatan untuknya dengan mudah.

“Aku betul-betul marah! Sudahlah hujan agak lebat awal petang semalam ,tempias air mengenai tubuh dan muka si kecil”

“Ini bukan kali pertama pemandangan sebegini aku lihat di Terminal Bersepadu Selatan (BTS)”

Menurut Akhi, perkara ini bukanlah kali pertama yang beliau saksikan terjadi di hadapan matanya malah ianya begitu kerap berlaku. Setiap kali dia berada di lokasi berkenaan pasti ada budak kecil yang sedang sakit yang dipercayai dipergunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Lebih teruk lagi apabila keadaan orang yang meminta sedekah itu sering berubah-ubah orang yang membuktikan bahawa ianya adalah daripada sindiket atau individu yang sama.

“Ketahian apa yang sedang berlaku ini? Siapa individu kurang ajar yang menggunakan bayi yang sedang sakit ini untuk meraih duit?”

“Ini melibatkan nyawa seorang manusia. Tak kisahlah meeka yang kutip derma di tepi laluan ni warga asing, nyawa tetap nyawa! Kita sedang membicarakan satu eksploitasi atas insan yang lemah paling menjijikkan.”

Gambar Hiasan

Ekoran situasi ini, beliau membuktikan bahawa dia tidak lagi boleh berdiam diri kerana begitu terkesan dengan keadaan yang tidak sepatutnya ini. Disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada pihak yang didapati bertugas di kaunter tiket tentang masalah berkenaan.

Menurut pihak terbabit, sebelum ini memang ramai pihak yang bertanyakan masalah yang sama, walau bagaimanapun, masalah itu dikatakan adalah di bawah bidang tugas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Imigresen.

“Saya datang bukan nak report. Saya hanya nak bertanya, Tuan maklum kan hal pengutip derma kat luar tu? Yang budak kepala besar tu.”

Dalam masa yang sama, Akhi turut bertanyakan tentang permasalahan tersebut kepada pihak polis yang dipercayai telah ditugaskan di kawasan terbabit, namun jawapan yang diberikan adalah sama.

“Saya datang bukan nak report. Saya hanya nak bertanya, Tuan maklum kan hal pengutip derma kat luar tu? Yang budak kepala besar tu.”

“Dua hari lepas sudah ada serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudian mereka refer pada bahagian Imigresen. Hari ini ada semula minta sedekah,” jelas seorang pegawai yang bertugas pada waktu itu.

“Satu sahaja yang boleh membuatkan orang buka mata, Cik viralkan sahaja di internet. Harap ramai baca dan pihak yang boleh bertindak ambil tindakan.”

Inilah sebab sebenar yang menyebabkan pemuda ini menulis berkaitan dengan kes sebegini di Facebook dengan tujuan agar ada pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes tersebut.

Gambar Hiasan

“Harap aku beginilah, aku nak sangat budak kecil ini diberi rawatan sepenuhnya. Kita ni wajib beri bantian kesihatan kepadanya. Entah ketumbuhan, pendarahan otak atua apa jua penyakit, kita harus bantu!”

“Sekali lagi aku ulang, tak kisahlah mereka tu warga asing, manusia tetap manusia. Mereka sama macam kita, ada jasad, ada badan, ada roh, ada hati dan perasaan,” tulisnya di Facebook.

Memang betul apa yang dikongsikan oleh Akhi ini, semoga ada pihak yang sepatutnya dapat memberikan bantuan yang sewajarnya kepada anak kecil yang tidak berdosa ini.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0