in ,

Guru Agama Tergamam Apabila Murid Ajukan Soalan “Selepas Bersunat Saya Boleh Rogol Orang Kan?”

Sungguh mengejutkan apabila seorang guru agama mendakwa beliau dikejutkan dengan satu soalan yang berkaitan dengan kejadian rogol yang telah diajukan salah seorang muridnya.

“Ustaz, kalau selepas sunat saya boleh rogol orang kan?” soalan itu membuat guru berkenaan tergamam buat seketika dan tidak mampu berkata-kata.

Perbualan antara guru dan murid itu dikongsi seorang aktivis sosial di laman sosial pada lewat malam Jumaat selepas diceritakan oleh seorang sahabatnya.

Gambar hiasan

Mohd Fadhli Othman dari Gerakan Malaysians Against Pornography yang turut terkejut dengan perkara itu berkata, generasi muda seawal sekolah rendah sudah terdedah dengan perkataan ‘sensitif’ seperti rogol.

“Itu belum lagi kita tanya ‘awak tahu ke rogol tu apa?’. Dalam erti kata lain budak sekolah ini sedia maklum tentang seksual dan mereka juga boleh dikatakan mungkin memahami apa itu rogol memandangkan pendedahan tentang permasalahan ini melalui media sosial.

“Saya tidak yakin rogol yang dimaksudkan oleh kanak kanak itu adalah sentuh atau ‘ringan-ringan’. Ini kerana kanak-kanak akan mudah merakam atau mengingat bila mereka mendengar dan melihat,” katanya kepada mStar Online.

Bimbang dengan keadaan murid terbabit di luar sekolah, aktivis yang juga penceramah dan pengasas bagi modul ‘Goodbye Pornography’ (Selamat Tinggal Pornografi) turut mempersoalkan mengenai pergaulan anak kecil itu.

“Adakah penggunaan gajetnya dipantau ibu dan ayahnya?,” soalnya mengenai kemungkinan ia disebabkan pengaruh pornografi.

Sumber Mstar

Jika berdepan dengan situasi sama, Mohd Fadhli yang juga seorang guru memberitahu, murid tersebut akan ditanya mengapa mengajukan soalan berkenaan.

Berdasarkan jawapan itu baharulah mencari puncanya yang mungkin daripada pergaulan atau pengaruh filem dan penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal.

“Kedua, rasionalkan konsep sunat (khatan) yang sebenar dalam Islam dan apa manfaat sunat dari sudut kesihatan.

“Kaitkan juga dengan konsep mumaiyiz dan baligh. Maka di sini penerapan baik buruk pahala dosa dapat diterapkan (sekiranya Islam). Jika bukan Islam terapkan nilai manusiawi. Tiada manusia atas dunia mahu lakukan kerosakan,” kata Mohd Fadhli.

Gambar hiasan.

Beliau menambah, murid perlu dijelaskan mengenai apakah itu rogol dan kesan buruknya yang akan berlaku kepada manusia.

“Kita perlu jelaskan rogol itu bertentangan dengan fitrah manusia dan ia juga bertentangan dengan Islam dan mana-mana agama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya semua pihak terutama ibu bapa, guru dan institusi agama menggembleng tenaga dalam memerangi pornografi.

“Kita perlu bersama-sama dan berganding bahu sekiranya sedar bahawa virus ini sangat bahaya dan mampu memusnahkan generasi muda,” kata Mohd Fadhli.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0