in

Pelajar Ditampar 12 Kali Sehingga Tinggal Kesan Tapak Tangan, Guru Dipecat (VIDEO)

kes pelajar ditampar oleh guru

Akibat menampar pipi seorang pelajar lelaki dengan kuat sehingga meninggalkan bekas dan kesan tapak tangan, seorang guru dari timur China dilaporkan dipecat selepas kejadian tersebut dilaporkan.

Guru berkenaan dikatakan mengajar di sebuah Sekolah Menengah Suyu dan dipercayai menghukum pelajar terbabit kerana didapati bercakap dengan rakannya sewaktu sesi pembelajaran berlangsung pada hari Selasa lalu.

Disebabkan itulah, guru terbabit dipercaya telah menampar pipi pelajar lelaki berkenaan sebanyak 12 kali. Pelajar yang dikenali sebagai Xiaochen itu mengalami kecederaan serta turut mengalami gegaran otak dan juga kesan tapak tangan guru terbabit di pipinya.

Pelajar lelaki itu dikatakan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Satu rakaman video yang dirakamkan selepas kejadian iaitu sewaktu di hospital ketika Xiaochen mendapatkan rawatan telah dimuat naik oleh Beijing Times yang memaparkan pelajar tersebut sedang terbaring di katil wad.

Sememangnya jelas kelihatan bekas tapak tangan yang kemerah-merahan yang ada di pipi pelajar tersebut. Xiaochen telah memberitahu kepada media bahawa dia didenda guru berkenaan selepas guru tersebut mendapati dia sedang berbual dengan rakanya sewaktu di dalam kelas.

Beliau dipercayai telah ditarik keluar dari kerusi tempat duduknya sebelum dia ditampar di pipi kiri sebanyak 12 kali dan kejadian tersebut disaksikan kesemua rakan-rakan sekelasnya.

guru dipecat

Menurut laporan dari salah seorang rakan Xiaochen, guru kelasnya itu dikatakan telah gagal mengawal kemarahannya yang menyebabkan guru tersebut turut menampar seorang pelajar perempuan sebelum Xiaochen ditampar.

Melalui pemeriksaan pihak hospital terhadap pelajar berkenaan, mereka mendapat Xiaochen telah mengalami kecederaan di bahagian telinga kiri, turut mengalami gegaran otak serta beberapa kecederaan lain termasuk turut hilang upaya pendengaran yang dikatakan untuk sementara waktu.

pelajar ditampar guru

Insiden tersebut akhirnya dilaporkan kepada kementerian Pendidikan dan keluarga pelajar berkenaan juga turut membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan. Manakala pihak sekolahnya turut bersetuju untuk membuat pembayaran bagi semua kos perubatan pelajar terbabit.

Lebih mengejutkan, pihak sekolah Xiaochen juga telah memecat guru berkenaan serta turut mengurangkan pembayaran bonus terhadap guru tersebut. Walau bagaimanapun, menurut laporan Daily Mail, mereka tidak pasti sama ada pihak polis akan mendakwa guru berkenaan atau tidak.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments