in

Hadiah Untuk Lelaki (Suami atau Boyfriend Pasti Suka 18 Hadiah Kesukaan Lelaki Ini)

hadiah untuk lelaki dan kesukaan lelaki

Tentu ada yang pening dan buntu bagi sesetengah wanita atau mereka yang bergelar isteri yang nak mencari hadiah untuk lelaki atau suami bila tarikh hari jadinya semakin hampir. Nak bagi coklat? Nak bagi bunga? Mungkin 1 peratus saja lelaki yang minat dan suka bunga. Nak dibelikan apa pun tak tahu, kan? Last-last bagi kek pun jadilah. Macam tak lengkap je.

“Oh so sawittttt!” kata suami. Tetapi dalam hati, “Ai? Kek saje?”

Walaupun ramai lelaki yang tak pentingkan hadiah, namun sekali sekala apa salahnya isteri berikan hadiah terbaik buat suami lebih-lebih lagi sempena hari jadi. So, bagaimana nak mengetahui dan mencari hadiah yang terbaik untuk suami dan hadiah untuk lelaki atau boyfriend pada hari lahir mereka?

Apa agaknya barang kesukaan lelaki yang boleh dijadikan hadiah? Baca perkongsian tips dari Dr. Aen ini mengenai cadangan dan senarai hadiah untuk lelaki. Semoga bermanfaat dan membantu anda yang buntu untuk mencari hadiah yang sesuai untuk kaum lelaki.

Hadiah Untuk Lelaki

hadiah birthday untuk lelaki
Dompet lelaki atau wallet adalah antara hadiah birthday yang sering diterima oleh lelaki.

1. Wallet. Belikanlah untuk dia wallet baru. Lelaki ini banyak yang jenisnya selagi wallet tak hancur, selagi itulah dia pakai.

2. Wangian. Bukan nak kata lelaki ini busuk tetapi adakalanya mereka tidak sedar bahawa pentingnya wangian ini. Perempuan suka benda-benda wangi.

3. Tali pinggang. Ini pun sama seperti kes wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi itulah dia pakai. Beli jenis yang dia pakai.

4. Stokin. Jangan ‘hek eleh’ sangat. Pergi tanya dia, apakah stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin, kau boleh jaga. Kalau belum?

5. Kemeja kosong. Kalau rasa lelaki agak buncit, jangan belikan kemeja slim fit ala-ala K-Pop. Senak perut dia nanti. Beli regular fit.

6. Baju Melayu. Saya cadangkan Gene Martino. Tapi tahukah anda, mereka ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai?

7. CD/DVD band kesukaannya. Lebih-lebih lagi limited edition punya. Fulamak! Kalau dia dapat, pasti dia rasa nak lambung-lambung awak tau!

lelaki suka hadiah apa
Ini adalah antara hadiah yang menjadi kesukaan ramai lelaki mungkin tidak bagi lelaki yang berumur.

8. Earphone. Yang bunyi bassnya superb. Kasihanlah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning.

9. External keyboard dan juga mouse. Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae okay!

10. Shaver. Yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia dok tonyoh² juga.

11. Boxer. Ini kalau awak jenis berani. Hahaha! Saya dah kahwin tak apa. Sebab? Ah, dah kahwin nanti awak check sendiri.

12. Pisau canggih. Awak tahu tak, tak semua lelaki nak masuk dapur. Tetapi kadang-kadang bila masuk dapur, demand pisau untuk dia guna seorang.

13. PS4. Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 la, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay? LOL

cara pujuk lelaki dengan hadiah
Kalau lelaki atau suami merajuk, anda perlu tahu cara memujuk mereka dengan berkesan.

14. GoPro. Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh.

15. Buku/Novel/Manga. Sesuai untuk ulat buku. Ushar-usharlah dia suka baca apa.

16. Action figure/Collectible items. Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.

17. Sapu tangan. Simple tetapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan yang awak bagi.

18. Lunch Box. Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hahaha!

hadiah untuk lelaki sempena hari jadi
Biasanya hadiah yang disukai lelaki adalah yang simple dan mahal. Betul?

Mungkin ada diantara anda iaitu wanita atau isteri yang tidak berkenan dan tidak suka dengan cadangan senarai hadiah buat lelaki yang dikongsikan ini. walau bagaimanapun, satu perkara yang teramat penting harus diingat iaitu cinta dan kasih sayang serta kesetiaan juga sudah cukup sempurna sebagai sebuah hadiah yang paling bermakna untuk seorang lelaki yang amat anda sayangi.

Hargailah mereka dan terimalah lelaki yang anda kasih itu dengan seadanya dia. Sesungguhnya setiap hubungan itu tercipta adalah kerana kasih dan sayang.

Sumber: The Reporter

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments