in

Hampir Lenyap Di Muka Bumi, ‘Unicorn Asia’ Dicari Para Saintis Dalam Usaha Menyelamatkannya Dari Kepupusan

Hampir Lenyap Di Muka Bumi, ‘Unicorn Asia’ Dicari Para Saintis Dalam Usaha Menyelamatkannya Dari Kepupusan

Untuk itu, para saintis sedang menggandakan usaha untuk mengesan sejenis haiwan spesies terancẫm yang sukar ditemui dikenali sebagai ‘Unicorn Asia‘, dalam usaha menyelamatkannya daripada kepupusan, lapor akhbar Daḭly Mẫil pada 7 Januari 2022.

Akḭbat kegiatan manusia yang rakus menceroboh ekosistem dan habitat hidupan liar, kewujudan spesies terancẫm terus diambang kepupusan. Tahun demi tahun, ada saja laporan mengenai kepupṳsan hidupan liar.

Haiwan itu mula ditemui pada tahun 1992 di hutan Rizab Semula Jadi Vu Quang di Vietnam namun jejaknya sukar dikesan sejak dari itu. Haiwan mamalia yang mempunyai panjang melebihi 76.2 sentimeter itu sering mengelak untuk bertembung dengan manusia.

Unicorn Asia, juga dipanggil saola, berasal dari pergunungan Vietnam dan Laos. Dengan tanduk panjang dan tanda putih pada wajah, saola menyerupai antelop Afrika Utara, tetapi ia lebih berkait rapat dengan lembu liar.

Tiada seorang pun ahli biologi yang pernah melihat kelibat saola dalam hutan tersebut, meskipun ia telah dikesan sembilan tahun lalu oleh kamera rahsia yang tersembunyi di dalam pokok.

Para saintis bimbang sekiranya mereka gagal mengesan lokasi saola, ia tidak dapat dibawa ke kemudahan khas untuk proses pembiakan bagi mengelakkannya daripada pupus.

Kini, pakar di Yayasan Saola yang berpangkalan di Wisconsin sedang merancang usaha baharu untuk mencari haiwan itu, dengan melatih anjing untuk mengesan kesan saola.

Sementara itu, beberapa keping imej yang pernah dirakam menunjukkan ciri-ciri fizikal saola yang tersendiri termasuk tanduk besar dan tanda pada wajah berwarna putih yang jelas.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif baharu, sebarang sampel yang ditemui di alam liar yang disyaki daripada saola, seperti bulu atau tahi, akan dikaji kit ujian DNA di tapak.

“Kami tahu bagaimana untuk mencari dan menyɛlamatkan haiwan yang hebat ini, yang telah berada di planet Bumi selama mungkin sejak 8 juta tahun lalu.

“Jika hasil kajian positif dalam masa sejam, pakar akan mula mencari saola di dalam hutan berhampiran dengan lokasi sampel ditemukan,” kata Yayasan tersebut.

Sumber : ohinfokini

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0