in

Harga Minyak Terkini Petrol dan Diesel (17 Mei – 23 Mei 2018)

harga minyak

Berapa harga minyak minggu ini dari tarikh 17 Mei hingga 23 Mei 2018? Pasti ramai yang ingin tahu tentang berapakah harga minyak terkini, sekarang, semasa, pada hari ini dan esok dalam minggu ini bagi minyak petrol sekarang di Malaysia dan dunia bagi tahun 2018. Sama ada harga petrol dan diesel naik dan turun, anda boleh dapatkan maklumat terkini yang akan dikemaskini pada setiap minggu pada hari Rabu.

Untuk pengetahuan, penetapan harga minyak naik turun yang dibuat secara mingguan telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sejak bulan Mac pada tahun lepas iaitu 2017. Harga jualan minyak ini turun dan naik di Malaysia dilihat bergantung kepada dua perkara iaitu dengan harga minyak dunia terkini dan juga mengikut kadar tukaran wang yang saling berkait antara satu sama lain.

Melalui satu kenyataan media, penetapan harga bahan api yang dibuat secara mingguan dikatakan lebih banyak memberikan keuntungan kepada pengguna kerana harga minyak yang dijual di pam stesen minyak adalah lebih stabil serta mengikut harga yang betul dan sebenar mengikut harga pasaran.

Harga Minyak Terkini Mei 2018

Ini adalah carta jadual dan senarai harga minyak diesel dan petrol bagi minggu ini 17 Mei hingga 23 Mei 2018.

Melalui senarai harga diesel dan petrol terkini di Malaysia yang telah berkuatkuasa serta merta dari jam 12.01 pagi pada hari Khamis bertarikh 17 Mei sehingga 23 Mei 2018, harga runcit bagi minyak petrol dan diesel adalah seperti berikut setelah dikemaskini.

Harga Minyak Terkini Petrol dan Diesel 2018

Harga minyak terkini di Malaysia bagi harga mingguan dilaporkan masih tidak berubah selepas berlangsungnya PRU14 pada 9 Mei 2018. Walau bagaimanapun, sekiranya ada sebarang perubahan, kami akan mengemaskini di sini untuk makluman semua pembaca.

Walau bagaimanapun, semua jumlah harga minyak Malaysia belum lagi ditolak yuran operasi (OLF) daripada minyak antara satu hingga empat sen seliter bergantung kepada jenama minyak yang terlibat.

Ia bermaksud, semua pengusaha stesen minyak akan mendapat keuntungan kasar iaitu 7 hingga 11 sen seliter yang belum ditolak dengan kos operasi serta lain-lain kos berkaitan.

Selain itu, pengusaha stesyen minyak seperti Petronas, Petron, Shell, BHP,  Caltex dan sebagainya juga menanggung kos pengewapan minyak atau istilah ‘minyak hilang’ daripada tangki yang biasanya susut antara 0.1 sehingga 0.5 peratus secara purata.

Pengumuman bagi harga minyak di Malaysia adalah dibuat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK yang berkuatkuasa (efektif) selama seminggu bagi setiap minggu.

Soal Jawab Harga Minyak Mingguan

kenapa harga minyak petrol hari ini telah ditetapkan secara mingguan bukan lagi setiap bulan seperti tahun sebelumnya? Berikutnya kami kongsikan soal jawab tentang kenapa harga minyak minggu ini dibuat secara mingguan yang mudah untuk difahami.

Mengapa kerajaan gunakan mekanisme penetapan harga minyak di pam secara mingguan?

Pengguna seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mekanisme harga minyak secara mingguan ini lebih banyak memberi keuntungan kepada pengguna kerana harga minyak hari ini di pam lebih stabil dan mengikut harga sebenar di pasaran.

Sebelum itu untuk pengetahuan semua, turun naik harga minyak di negara ini bergantung kepada dua perkara iaitu harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang kita.

Sebelum ini kita buat secara bulanan, harga yang pengusaha stesen minyak jual di pam adalah harga purata bulan lepas. Jadi ini tidak sesuai dan kemudian kerajaan mengubah mekanisme bulan ke minggu kerana ia akan dapat harga purata minggu yang lepas dengan lebih tepat. Maksudnya harga minyak yang dijual di pam hari ini adalah harga purata minyak minggu sebelumnya.

Ini seterusnya akan menyebabkan harga di pam lebih stabil, tidak ada kenaikan melampau dan jika pengusaha buat kajian sejak mekanisme ini ditetapkan kenaikan purata paling tinggi hanyalah lingkungan bawah 10 sen sahaja.

Jika pengguna untung adakah bermaksud pengusaha pam minyak rugi?

Jika berlaku trend penurunan pengusaha stesen minyak akan mengalami kerugian dari segi stok, pengusaha beli semalam tinggi tetapi jual esok pada harga rendah. Bila harga naik pula pengusaha akan untung tetapi harus diingat jika harga naik pengusaha juga harus menambah pusingan modal untuk membeli minyak baharu pada harga lebih tinggi. Modal pusingan kena tambah jika trend menaik.

Berapa komisen semasa daripada kerajaan kepada stesen minyak ketika ini?

Kerajaan bayar 12 sen untuk setiap liter petrol dan tujuh sen untuk diesel. Tetapi jumlah ini belum ditolak yuran lesen operasi (OLF) daripada syarikat minyak antara satu hingga empat sen seliter bergantung kepada jenama minyak yang terlibat.

Maknanya pengusaha stesen minyak akan dapat keuntungan kasar tujuh hingga 11 sen seliter yang belum ditolak kos operasi dan lain-lain kos.

Selain itu, pengusaha juga tanggung kos pengewapan minyak atau istilah “minyak hilang” dari tangki yang biasanya susut antara 0.1 hingga 0.5 peratus secara purata.

Baca : Isi Minyak Ikut Liter, Bukannya Ikut Nilai RM! Mengapa?

Sebenarnya sudah ada beberapa stesen minyak yang menutup operasinya disebabkan kos operasi sekarang terlalu tinggi. Kalau 15 tahun dahulu gaji pekerja hanya RM300 tetapi sekarang gaji minima RM1,000. Itu belum campur insentif lain yang pekerja minta. Memang ada rungutan dari beberapa stesen dan mereka mula menutup operasi khususnya yang kadar jualannya lebih rendah seperti di luar bandar.

Akhirnya ia turut akan menyusahkan pengguna juga, stesen minyak pula semakin berkurangan.

Kerajaan harus mengambil langkah berbincang semula dengan pengusaha melalui persatuan supaya dapat situasi menang menang (win-win situation). Ini kerana kebanyakan pengusaha stesen minyak ini adalah Bumiputera.

Kadar jualan harga minyak minggu ini yang terkini
Harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel yang terkini di Malaysia dijual mengikut harga pasaran yang betul.

Adakah pengguna sebenarnya beruntung?

Sudah pasti, penggunaan kad kredit kad debit di pam minyak oleh pengguna juga tidak dikenakan caj kepada mereka sebaliknya pengusaha pam yang kena caj 1 peratus. Setiap kali berlaku kenaikan pengusaha akan menanggung lebih kos kerana satu peratus itu dikira dari harga jualan minyak di pam sedangkan komisen yang pengusaha dapat berdasarkan liter.

Kerajaan juga sangat telus dengan pengguna kerana secara telus menunjukkan formula kiraan harga minyak di pam iaitu berdasarkan harga APM (Automated Price Mechanism) Pengguna tidak boleh cakap kerajaan tipu sebab ia jelas boleh dibuat kiraan sendiri. Apa yang penting pengguna kena terima hakikat bahawa subsidi minyak ditarik balik, kemudian barulah pengguna faham dan dapat terima mekanisme yang ditetapkan kerajaan ini.

Subsidi minyak ditarik sebab sebelum ini semua orang dapat subsidi minyak tidak kira kaya atau miskin, sebab itu kerajaan tarik balik subsidi. Jadi subsidi minyak diberi kepada kumpulan sasar yang lebih tepat melalui BR1M dan sebagainya.

Adakah pengusaha pam minyak ada buat dialog atau perbincangan dengan pengguna sebelum ini?

Ya. kita sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan persatuan-persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kita juga seringkali bekerjasama dengan mereka. Isu-isu yang berkaitan dengan pengguna memang kami kerap bincang bersama. Begitu juga hubungan kami dengan KPDNKK.

Apakah kesimpulan yang boleh dikongsi?

Pengguna seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak terbaik. Kerajaan tiada kuasa untuk menurunkan harga jualan minyak, ia di luar kawalan kerajaan. Turun naik minyak adalah bergantung kepada harga minyak di dunia dan juga kadar tukaran mata wang kita di Malaysia. – (Rujukan Anda)

Pastinya harapan semua rakyat Malaysia harga terkini minyak bagi minggu ini untuk bulan Mei iaitu dari tarikh 17 Mei sehingga 23 Mei bagi tahun 2018 akan segera turun agar dapat dinikmati oleh semua dengan kadar harga yang sesuai mengikut kemampuan. Tetapi, sepanjang bulan April  2018 kadar harga bagi petrol dan diesel dilihat mempunyai beberapa kenaikan harga.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0