in

Netizen Diminta Hentikan Fitnah Kepada Nescafe, Milo & Sunquick – Dr. Rafidah Abdullah

Isu minum Nescafe penyakit gout

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang satu isu yang menyatakan minum Nescafé boleh menyebabkan penyakit gout. Berikutan kenyataan itu yang telah cepat tersebar, seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah ahli kepada kolektif perubatan Twitter #MedTweetMy yang merupakan satu kumpulan doktor dari berbagai bidang perubatan telah berkongsi dan turut menjawab segala persoalan yang sering diajukan oleh netizen di laman Twitter.

Oleh kerana disebabkan tularnya isu seperti meminum Nescafe boleh menyebabkan terjadinya penyakit gout kepada para pengguna, Dr Rafidah akhirnya tampil memberikan pendapatnya berkaitan dengan isu berkenaan yang boleh menyebabkan kekeliruan pada ramai orang yang mengikuti sesuatu berita yang disebarkan tanpa sebarang kesahihan daripada mereka yang lebih tahu.

Menerusi perkongsian tersebut yang memaparkan satu gambar Nescafe yang telah diminumnya, beliau menegaskan bahawa minuman Milo, Sunquick dan juga Nescafe TIDAK akan menyebabkan terjadinya penyakit gout atau merosakkan buah pinggang selepas meminum minuman-minuman berkenaan.

Dua fakta yang telah dikongsikan oleh beliau bagi menjawab segala persoalan berkaitan dengan isu viral berkenaan.

Fakta Pertama

gout
Illustrasi penyakit gout.

Gout biasanya berlaku kepada seorang lelaki dan terutamanya kepada lelaki yang sudah berusia. Antara golongan-golongan yang berisiko adalah seperti orang tua, lelaki, perempuan yang selepas menopaus, gemuk, tahap kolestrol yang tinggi dan mereka yang mengamalkan minuman keras.

Fakta Kedua

penyakit buah pinggang
Illustrasi sakit buah pinggang.

Penyakit yang kronik seperti penyakit buah pinggang tidak boleh diketahui dengan hanya menyentuh atau memegang. Ianya merupakan pembunuh senyap, malahan tiada sebarang simptom yang dapat dilihat sehinggalah ke peringkat akhir. Kepada anda yang berisiko, anda dinasihatkan membuat ujian saringan di mana-mana hospital atau klinik.

BACA : Tahukah Anda. Ini Adalah 12 Tanda-Tanda Anda Makan Terlalu Banyak Pengambilan Gula, No #6 Tu Banyak Terjadi..

Sebenarnya, jika anda mengambil minuman seperti Milo, Sunquick dan Nescafe dalam kuantiti yang kurang atau sederhana tiada masalah. Tetapi, pengambilan minuman juga perlu diambil kira atau lebih tepat lagi pengambilan gula dalam minuman yang diambil itu kerana asasnya adalah berapa kalori serta berapa banyak gula yang ada dalam setiap penyediaan minuman tersebut.

Saranan dan Cara Pengambilan Gula Secara Sihat

Milo

minuman
Pengambilan Milo kosong adalah digalakkan.

Buat kosong. Buat di rumah; bukan di kedai yang biasa campur macam-macam. Dalam milo sendiri dah ada gula, cocoa, calcium dan beberapa vitamin & mineral. Satu gelas yang kosong anggaran 100-120 kcal.

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

Sunquick

Oren sunquick
Minuman ini tidak digalakkan diambil dengan kerap.

Sunquick atau mana-mana brand jus lain ada banyak gula tersembunyi ya. Sama juga dengan minuman bikarbonat. Boleh saja ambil tapi macam biasa, kurangkan frekuensi. Sekali sekala ok. Jangan amalkan minuman manis macam ini.

Nescafé

nescafe
Anda dinasihatkan membaca kadar kalori pada setiap sachet.

Saya punya O, kosong, buat sendiri di rumah. Anggaran kalori 6-10 kcal. Tapi kalau anda letak susu pekat manis, gula (contoh 3 in 1) dan macam2; akan meninggikan kalori itu. Cuba biasa kan baca kalori setiap sachet.

Melalui perkongsian tersebut, beliau turut menasihatkan orang ramai jangan sekali-kali berkongsikan apa saja info atau maklumat yang mengarut dan tidak pasti kesahihan sesebuah cerita tanpa sumber yang tepat dan betul.

Saranan beliau juga agar semua orang mengurangkan manis dalam minuman kerana anda mungkin mempunyai risikon akan menjadi gemuk dan mendapat penyakit kencing manis. Perkara ini berlaku kerana kencing manis adalah punca utama bagi kerosakan buah pinggang manakala obesiti adalah satu risiko untuk penyakit gout.

kurangkan pengambilan gula
© Public Health Malaysia

Semoga bermanfaat!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0