‘Meme’ & Stiker Lawak
Penggunaan meme atau sticker-sticker lawak semakin berleluasa terutamanya di media sosial. Niat asalnya hanyalah untuk berjenaka dan menghidupkan suasana. Namun, apabila menggunakan gambar individu lain tanpa meminta kebenaran, ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak beretika.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, kita juga perlu menjaga dan menghormati perasaan orang lain dengan tidak bergurau secara berlebihan apatah lagi menjadikan kesedihan orang lain sebagai bahan gurauan.
Gambar Lelaki Menangis Dijadikan Stiker Lawak
Sekiranya anda sering menggunakan media sosial, anda pasti pernah terjumpa gambar lelaki dengan potongan dialog yang pendek berunsur lawak seperti dibawah.
Ramai yang menjadikannya sebagai meme dan bahan lawak, namun persoalannya, adakah kita kenal siapa lelaki tersebut?
Sikap tidak beretika segelintir individu yang menjadikan lelaki tersebut sebagai bahan lawak tanpa mengetahui kisah disebalik kesedihan wajahnya itu sangatlah tidak wajar.
BACA JUGA: Pengetua Sekolah Jadi Rider Grab Demi Kutip Dana Sekolah Agama Bu4t Warganet Tersentuh
Kehilangan Insan Tersayang Semasa Tsunami 2004
Tahukah anda, sebenarnya individu yang kelihatan sedih menangis dalam gambar itu bukanlah dibuat-buat riaknya, tetapi dia menangis kerana peristiwa sebenar yang mengubah hidupnya. Kisah pilu di sebalik mimik wajah sedihnya itu adalah disebabkan oleh rasa sedihnya yang sangat mendalam akibat kehilangan orang tersayang semasa Tsunami 2004.
Pendedahan ini didedahkan sendiri oleh sahabat individu tersebut, Syed Mohd Nazli Jamalullail menerusi satu hantaran di Facebooknya pada 18 April beberapa tahun yang lalu sebelum kembali tular semula baru-baru ini.
Jom baca pendedahan yang dijelaskan dibawah.
Pendedahan! Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Tersebut
“Gurauan? Ya, saya tidak menolak gurauan. Berguraulah tetapi bersederhanalah dengan gurauan kita.
Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan di atas tanpa mengetahui siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.
Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa tsunami pada tahun 2004.
Dalam tragedi itu saudara Zul kehilangan lima (5) anaknya sekaligus, termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang. Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17; Mohd. Shukri, 12; Siti Nur Shuhada, 10; Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5.
Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.
Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau. Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu.
Justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang-orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.
Terima kasih.”
Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail
18 April 2020
BBB
Kesimpulan
Oleh itu, sentiasalah kita berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan sesuka hati menggunakan gamabr orang lain tanpa kebenaran. Semoga kita ‘terasa’ bersalah jika pernah ‘menyalahgunakannya’.
Sumber: www.viralmalaysiaku.com
Loading…