in

Hidung Berdarah (Cara Merawat dan Rawatan Pendarahan Hidung)

Hidung berdarah atau pendarahan hidung biasanya berlaku secara tiba-tiba dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Masalah pendarahan yang berterusan dan tanpa henti pada hidung pasti akan menjadikan kita panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Berdarah hidung juga boleh berlaku kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak dan juga kalangan dewasa. Hidung berdarah berlaku biasanya dapat disedari apabila cairan merah seperti hingus berdarah iaitu darah mengalir keluar menerusi hidung tanpa disangka-sangka sama ada di hidung sebelah kiri atau kanan hidung.

rawatan hidung berdarah
Pendarahan pada hidung juga sering berlaku pada kanak-kanak yang aktif.

Pendarahan hidung mempunyai dua jenis yang berbeza iaitu pendarahan di bahagian hadapan (Anterior) dan juga pendarahan di bahagian belakang (Posterior). Biasanya 90% pendarahan di hidung terjadi pada bahagian hadapan yang selalunya mengaitkan dengan sebelah hidung sahaja yang mudah diberhentikan. Selebihnya berlaku pada belakang hidung yang dikatakan berbahaya.

Sesetengah kes yang melibatkan hidung berdarah berlaku yang mengalami pendarahan yang teruk boleh menyebabkan saluran pernafasan pesakit itu akan menjadi tersumbat dan ia mempunyai risiko tinggi tersedut darah ke bahagian paru-paru yang agak sukar untuk dikawal.

Punca Hidung Berdarah Dewasa dan Kanak-kanak

darah keluar dari hidung sebelah kiri atau kanan
Berbagai faktor dan penyebab hidung berdarah yang dialami oleh ramai pesakit.

Apakah penyebab keluar darah dari hidung secara tiba-tiba dan apakah punca pendarahan hidung atau Epistaxis ini? Ia biasanya terjadi apabila saluran darah kecil (Kapilari) yang terdapat pada rongga hidung pecah akibat beberapa sebab yang berlaku seperti:

  • Mengalami kecederaan di hidung
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Kerap kali bersin
  • Udara yang terlalu sejuk atau panas
  • Resdung iaitu jangkitan sinus
  • Alergik hidung
  • Selsema

Walau bagaimanapun, gejala pendarahan hidung juga dikaitkan dengan kesan sampingan akibat penyakit yang serius seperti mempunyai ketumbuhan dalam rongga hidung dan juga akibat kesan tekanan darah tinggi yang dikatakan sangat jarang berlaku.

Cara Merawat dan Rawatan Pendarahan Hidung

Biasanya masalah hidung berdarah tidak mempunyai rawatan yang khusus memandangkan keadaan darah yang keluar akan berhenti secara sendiri. Walau bagaimanapun, rawatan Epistaxis akan diperlukan sekiranya gejala ini sering terjadi atau pun pesakit itu telah mengalami pendarahan yang berbahaya dan teruk.

Rawatan hidung berdarah adalah untuk menghentikan pendarahan boleh dilakukan mengikut panduan dan cara merawat sekiranya dalam kecemasan. Masyarakat Melayu biasanya akan menggunakan rawatan tradisional atau petua untuk menghentikan pendarahan dengan menggunakan daun sirih yang disumbatkan ke dalam hidung.

Cara merawat pendarahan hidung
Cara untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menunduk bukannya mendongak kepala ke atas.

Walau bagaimanapun, sebenarnya ada cara yang betul untuk memberhentikan pendarahan di hidung yang boleh diamalkan seperti yang dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ezairy M. Sallih yang berkongsi bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan yang betul.

Jangan sesekali mendongakkan kepala ketika hidung sedang berdarah. Tindakan inilah yang sering masyarakat kita lakukan apabila berhadapan dengan masalah ini yang beranggapan bahawa dengan mendongak kepala ke atas supaya darah berhenti dan tidak akan keluar lagi.

Dua perkara penting yang perlu dipastikan sekiranya pendarahan hidung sedang berlaku iaitu;

1. Pendarahan hidung berhenti.

2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Oleh sebab itu, beberapa langkah-langkah yang perlu dan MESTI dilakukan apabila berlakunya pendarahan hidung adalah seperti yang berikut:

1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.

2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku.

3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.

4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.

5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.

6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.

NOTA PENTING:

Jangan sesekali anda cuba-cuba memasukkan air ke dalam hidung sebagai cara untuk mencuci dan untuk menghentikan pendarahan, tindakan ini sebenarnya langsung tidak membantu.

Semoga membantu dan bermanfaat untuk anda serta kongsikan informasi ini kepada mereka yang memerlukan terutamanya mereka yang anda sayang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments