in

Hidup Sebatang Kara, Demi Sesuap Rezeki Atuk Terbongkok Menjual Kacang Hingga Larut Malam, Atuk Tak Balik Jika Belum Habis Terjual

Hidup Sebatang Kara, Demi Sesuap Rezeki Atuk Terbongkok Menjual Kacang Hingga Larut Malam, Atuk Tak Balik Jika Belum Habis Terjual

Walaupun sudah di hujung usia, lelaki tua ini mengš”¢rah kerš”¦ngat hingga ke malam agar perutnya terisi. Apa sahaja yang boleh dijual beliau akan berusaha demi sesuap rezeki memandangkan dia hidup sebatang kara, tidak punya sesiapa.

Demi untuk menampung hidup, tidak mempedulikan usianya yang sudah tua, warga emas ini sanggup menjual apa sahaja. Kadang-kadang warga emas ini menjual daun pandan, kadang-kala menjual kacang.

Selagi jualan kacangnya tidak habis, selagi itulah beliau akan terus menunggu pelanggan. Tidak mengemis, tidak juga meminta-minta walau untung jualannya terlalu sedikit, mungkin tidak cukup pun untuk membeli keperluan lain.

Dengan untung yang hanya beberapa sen setiap bungkus jualannya itulah digunakan untuk membeli keperluan hidup.

Kisah ini dibawakan oleh aktivis kemanusiaan di Tawau, Sabah yang sudah tidak asing lagi di situ iaitu Vitaminbae.

Berikut perkongsiannya.

Di usia senjanya, kalau ikutkan hanya perlu menghabiskan waktu yang ada untuk berehat di rumah dengan anak cucu. Disebabkan beliau hidup sebatang kara, tiada pilihan pakcik selain terpaksa mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi.

Kadang jual pandan, tapi selalu memang jual kacang, dibelinya secara borong dengan orang di kampung, kemudian dia jual semula dengan untung hanya beberapa puluh sen.

Orang baik yang terjumpa pakcik ni berjualan di kaki lima di bandar Sandakan, kalau berniat sedekah,ambilla sekali kacangnya ya sebab pakcik takkan balik selagi kacangnya tidak habis terjual.

Terima kasih semua yang terus membantu misi-misi kecil kita. Moga Allah redha..

Ujian setiap insan itu berbeza. Di kala orang seusia ini menghabiskan waktu di rumah bersama anak cucu, warga emas ini masih lagi memerah keringat jasad tuanya demi sesuap rezeki yang halal.

Semoga dipermudahkan urusan kehidupannya, dimurahkan rezekinya, dipertemukan insan-insan berhati mulia dalam perjalanan sisa hidup.

Sumber : [Realmerah], majalahilmu

BACA : Contohilah Uwais Al-Qarni, Bukan Tergolong Dalam Para Sahabat, Tetapi Terkenal Dalam Kalangan Malaikat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0