in

Homebirth Isteri Pengsan Hari Ketiga Lepas Bersalin, Uri Pula Membusuk

kes doula malaysia

Nyawa dianugerahkan oleh Allah kepada kita hanya satu dan tiada gantinya lagi. Dengan nyawa yang ada sama ada anak, isteri, suami atau sesiapa saja, janganlah dibuat main. Seperti topik hangat sekarang berkaitan nyawa ketika bersalin iaitu isu homebirth yang boleh menyebabkan maut jika tersilap langkah tanpa sebarang pengawasan dari pakar perubatan.

Isu sebegini bukanlah isu yang baru, malah ia kerap berlaku dan akan terus berlaku sekiranya tiada sebarang pendedahan kepada masyarakat kita hari ini dan ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik bagi mereka yang mengamalkan sikap sambil lewa berkaitan dengan homebirth atau bersalin sendiri di rumah.

Melalui perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Hana Hadzrami menerusi akaun Facebook miliknya turut menyatakan rasa kecewanya terhadap isu ini apabila masih ada pasangan suami isteri yang bersikap tidak sepatutnya yang inginkan kelahiran anak mereka dengan cara homebirth sehingga hampir meragut nyawa isteri. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

Kes Homebirth Bersalin Sendiri di Rumah

kes kematian homebirth
Ada juga mereka yang mengandung lebih suka bersalin sendiri tanpa perlu ke hospital.

Pada tahun 2013 saya pernah menulis tentang satu kes homebirth datang dengan komplikasi di hospital saya.

Itulah kes homebirth terancang pertama yang saya jumpa.

Seorang wanita bersalin dirumah dibantu oleh suaminya tetapi pengsan pada hari ketiga.

Kelam kabut si suami usung si isteri ke hospital. Mula-mula mereka ke hospital swasta terkemuka di KL, sampai dua hospital mereka pergi. Namun bukan saja ditolak mentah-mentah, malah dimarahi pula oleh doktor pakar disana kerana membuat kerja gila sengaja bersalin sendiri di rumah.

Siapa lah yang sudi nak bersihkan tahi bila dah berterbangan ditiup kipas?

Terpaksa lah mereka menebalkan muka ke hospital kerajaan yang mereka pandang hina itu.

Bila ditanya belajar bersalin dari mana, mula-mula si suami tak mengaku belajar dari kelas dikendalikan doula. Dia hanya berkata belajar dari buku dan Youtube. Tak lama selepas itu dia sendiri terlepas cakap; tersebut ‘doula’, ‘waterbirth’ dan ‘delayed cord clamping’. Pecah rahsia.

Siap mengaku uri dah keluar semua. Tapi rupanya bila isteri dibawa masuk dewan bedah, nah; selonggok uri yang dah membusuk dikeluarkan! Satu dewan bedah terpaksa kami sembur spray pewangi.

Kata uri dah keluar tapi rupa uri pun dia tak tahu sebenarnya!

Mujur saja si isteri tak meninggal dunia dirumah akibat tumpah darah. Tetapi datang dengan nyawa-nyawa ikan; dengan tekanan darah rendah dan demam akibat renjatan kuman (septic shock).

Selepas dua hari di ICU, isterinya beransur pulih. Ingatkan insaf selepas dah sihat, rupanya makin bongkak dengan kita. Dituntut tak mahu ubat itu ini, tak mahu divaksinkan anak (baby pun dibawa ke hospital juga sebab demam). Semuanya kimia beracun bagi mereka.

Cepat-cepat kami discajkan (disharge) dia. Malas nak melayan orang yang tak tahu diuntung ni.

bersalin khidmat bidan di hospital
Kerana ego bersalin sendiri akhirnya nyawa isteri yang terancam.

Kedua-dua suami isteri ini bukan orang biasa-biasa ya. Suaminya jurutera syarikat cari gali terkemuka, isterinya eksekutif syarikat swasta. Ingatkan ilmu tinggi boleh membawa mereka ke jalan yang benar. Rupanya sesat ke jahanam.

Itulah permulaan saya berkenalan dengan puak pro-cari penyakit ni. Bila dah kenal lama, saya dah tahu, tak guna kita nasihatkan mereka yang sesat jauh ni. Bak kaum Nabi Nuh; nasihat itu hanya menambahkan kedegilan mereka.

Kita nasihat dan educate mereka yang atas pagar dan masih mencari kebenaran sahaja.

Jika anda betul-betul ikhlas mahukan kebenaran, Tuhan akan tunjukkan jalannya.

Pada yang dah sesat jauh tu, selagi anda tak buang ego, sampai bila-bila pun jalan kebenaran takkan nampak dimata.

Hana Hadzrami – Bila keranda dah dibawa, barulah bercucuran air mata.

Baca : Berhati-hati Dengan Petua Mudah Bersalin Viral, Doktor Ini Kongsi Kesannya Jika Diamalkan Bayi Boleh Terencat

Mengapa sanggup mengambil risiko bersalin sendiri tanpa sebarang bantuan dari pakar perubatan atau tanpa pergi ke hospital sedangkan semuanya sudah lengkap di hospital. Bersalin dengan bantuan doula atau bidan, adakalanya belum tentu selamat dan berjaya. Fikirlah tentang nyawa sebelum ambil keputusan untuk homebirth.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments