in

(VIDEO) Pengotor! Hotel 5 Bintang Guna Berus Yang Sama Cuci Tandas Dan Bersihkan Cawan!

hotel 5 bintang

Kemewahan, kemas, cantik dan bersih, itulah yang selalunya kita bayangkan apabila memasuki ke sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Kos penginapan yang mahal pasti berpatutan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang ada dalam hotel sedemikian. Biasanya, itulah yang diharapkan oleh semua pengunjung yang ingin menginap di hotel mewah, hotel 5 bintang.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak menyangkan bahawa hotel yang bertaraf lima bintang tidak mengamalkan kebersihan dan mengabaikan persekitaran hotelnya serta turut mementingkan imej luaran sahaja sedangkan di dalamnya tidak sebaik mana.

Melalui laporan AsiaOne, 3 buah hotel yang bertaraf lima bintang di daerah Harbin, China telah dikenakan tindakan semalam selepas pihak berkuasa di sana mendapati tahap kebersihan di bilik hotel terbabit disifatkan sangat teruk dan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

hotel 5 bintang
© AsiaOne

Walau bagaimanapun, tindakan yang telah dikenakan itu ke atas tiga hotel berkenaan iaitu Hotel Shangri-La, Sheraton dan juga Kempinski dilaporkan tidak didedahkan kepada umum. Perkara tersebut akhirnya diketahui orang awam selepas tersebarnya satu rakaman video yang memaparkan seorang tukang cuci hotel telah menggunakan berus yang sama bagi membersihkan tab mandi, tandas, sinki dan beberapa bahagian lain.

penginapan hotel
© AsiaOne

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

Apa yang mengejutkan adalah rakaman video tersebut yang dirakamkan di Hangri-La dan Kempinski itu turut menunjukkan pekerja terbabit menggunakan berus yang sama untuk mencuci cawan minuman. Kemudian cawan tersebut dikeringkan dengan menggunakan tuala mandi yang terdapat dalam bilik hotel berkenaan.

Ketiga-tiga hotel terbabit juga dituduh tidak menukarkan cadar, sarung bantal dan tuala mandi yang baru untuk penginap bilik hotel yang lain walaupun dikenakan caj sebanyak 800 Yuan sehingga 2800 Yuan untuk semalaman. (Lebih kurang RM400 hingga RM1700).

hotel kotor
© AsiaOne

Tidak beberapa lama selepas vidoe tersebut tersebar, pegawai-pegawai dari Pejabat Pelancongan, Jabatan Penyeliaan, Jabatan Makanan dan Minuman serta Pejabat Hal Ehwal Perundangan bergegas ke lokasi kejadi bagi mendapatkan sampel untuk melakukan ujian dan siasatan lanjut.

Namun, keputusan dari hasil ujian yang telah dijalankan itu menunjukkan bahawa hotel terbabit sememangnya mempunyai masalah kebersihan seperti yang dilaporkan.

hotel yang kotor
© AsiaOne

“Kami memohon maaf atas keadaan hotel yang tidak menepati standard. Kami sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap pelanggan kami. Kami akan memberi kerjasama dalam penyiasatan yang akan dilakukan dan akan turut mengetatkan lagi polisi sebagai langkah untuk mengelakkan masalah yang sama di masa depan,” jelas seorang wakil dari hotel berkenaan.

BACA : Pelancong Russia Maut Selepas Terjatuh Ketika Memanjat Balkoni Untuk Masuk Ke Bilik Hotel

Rakaman video yang tersebar itu telah membuatkan timbulnya keraguan orang ramai dengan kemudahan yang diberikan oleh hotel yang bertaraf lima bintang kekrana masalah sebegini pernah wujud pada satu masa dulu.

hotel pengotor
© AsiaOne

“Saya pernah dengan perkara yang sama berlaku di hotel kelas pertengahan jadi kerana itulah saya memilih untuk menginap di hotel lima bintang yang terkenal sekiranya ada business trip. Tapi, tak sangka masalah yang serupa turut berlaku di hotel lima bintang,” kata seorang pengunjung hotel tersebut.

“Mungkin saya harus bawa cadar sendiri, slepping bag, jubah mandi dan cerek pada lain kali,” jelasnya lagi.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan hotel di Harbin kini turut melancarkan pemeriksaan pada ke semua hotel yang terdapat di daerah tersebut.

Sumber : AsiaOne

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0