Makan telur semasa berpantang? Ibu-ibu yang telah bersalin secara pembedahan sebenarnya boleh saja makan telur tetapi ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Biasanya mengikut petua nenek moyang kita ketika seseorang wanita itu sedang berpantang, mereka dinasihatkan menjauhi teluar kerana bimbang akan terasa gatal atau bernanah pada luka yang dijahit itu.
Mereka digalakkan memakan pati ikan haruan atau pun pati gamat yang dikatakan lebih cepat untuk merawat luka akibat pembedahan tersebut. Sejauh mana kebenaran tersebut, tidak dapat dipastikan tetapi masyarakat kita memang tahu ikan haruan boleh menyembuhkan luka dengan cepat.
Walau bagaimanapun, perkongsian dari seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama iaitu saudari Siti Aishah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ice mempunyai pandangan yang agak berbeza dengan perkara ini.
Jom ikuti perkongsian beliau yang menerangkan perkara ini dengan terperinci dan ini juga adalah salah satu ilmu baru untuk semua, lebiih-lebih lagi kepada bakal ibu-ibu muda yang akan menimang cahaya mata.
Baca: Makan telur rebus selama dua minggu mampu hilangkan 10 Kg berat badan.
Pati Gamat Vs Telur Mentah Selepas Pembedahan
Baru-baru ni ramai yang tanya kak Ice perihal orang perseorangan post pasal makan telur lepas bersalin untuk cepat sembuh luka pembedahan.
Ada yang pertikaikan amalan pati haruan dan pati gamat lebih elok untuk merawat luka pembedahan.
Sedangkan ramai yang tak tahu bahawa kandungan dalam pati-pati tersebut meskipun mampu membantu mempercepatkan penyembuhan luka tetapi hanya untuk luka luaran.
Ketika dibedah, 7 lapisan kulit dipotong. Oleh itu proses penyembuhan perlulah meliputi ketujuh-tujuh lapisan ini. Pengamal pati haruan dan gamat hanya mampu menyembuhkan lapisan luka yang paling luar, TIDAK sehingga dalaman.
Akhirnya luka dalaman mula bernanah dan membusuk. Dan yang paling bahaya adalah apabila luka dalaman melekat dengan organ-organ dalaman seperti ovari, rahim, tiub fallopio, usus atau pundi kencing.
Mengapa saya kata ia berbahaya? Kerana bila kelahiran seterusnya ia merupakan risiko tinggi jika anda terpaksa melalui proses pembedahan sekali lagi.
Disebabkan itulah bidan-bidan lama mengamalkan beberapa amalan herba dan ramuan yang mampu membantu memgatasi masalah ini.
Meskipun zaman dahulu tiada prosedur pembedahan, mereka telah menggunapakai rawatan-rawatan ini kerana mereka percaya setiap kelahiran, meskipun normal, tetap meninggalkan luka dalaman dan keradangan pada kawasan rahim, pangkal rahim (servik) dan juga saluran faraj.
Antara amalan bidan-bidan lama untuk luka dalaman ialah:
1. Amalan Herba
Herba tak mampu menghilangkan kesakitan secara terus. Tetapi ia banyak membantu memperbaharui sel-sel mati dan merawat keradangan akibat luka pembedahan. Keradangan atau imflamation adalah dimana. Disebabkan itulah pentingnya amalan herba yang tanpa bahan perapat sebagai rawatan untuk luka pembedahan. Saya mengamalkan air rebusan Akar Herbanika yang tinggi antioksida, dan gabungan Lawas Segar serbuk dan Lawas Angin serbuk sebagai bahan rawatan dalaman.
2. Amalan Kuning Telur Ayam Kampung Mentah
Selepas bersalin secara pembedahan, tiap-tiap pagi saya mengamalkan petua bidan-bidan lama dimana saya akan membancuh jamu dengan kuning telur ayam kampung mentah.
Selain memberi tenaga, kandungan zink dan protin yang tinggi membantu pengeluaran tisu dan sel yang baru dan meningkatkan imunisasi badan (sangat berguna sebagai mekanisma melindungi badan dari jangkitan kuman). Kadang-kadang jamu digantikan dengan kopi O kampung sebagai sarapan saya.
Tapi yang penting amalan ini perlulah dengan kuning telur yang MENTAH. Bukan yang telah direbus, digoreng mahupun separuh masak ya. Kena mentah betul-betul.
Baca: Cara rebus telur supaya mudah dikupas.
So dah terjawab ye persoalan kenapa telur boleh makan. Bukan sebarang-sebarang.
Semoga bermanfaat.
Loading…