in

Tidak Puas Hati Pembahagian Harta, Ibu Berusia 68 Tahun Dikerat 15 Bahagian!

ibu di kerat 15

Ibu adalah merupakan insan terpenting untuk setiap manusia. Tanpa ibu, tiadalah kita di muka bumi ini. Pengorbanan seorang ibu susah payah melahirkan dan membesarkan tiada tara bandingannya walaupun dibayar dengan segunung emas dan permata.

Tetapi lain pula kisahnya kali ini. Bahkan mungkin kejadian perit ini juga pernah dilaporkan media sebelum ini.

Baca Juga: Seram! Kisah Ngeri Bilik Mayat, Cerita Sebenar Dari Petugas Hospital Bekerja Selama 40 Tahun


Cebisan Daging Seorang Ibu, Berusia 68 Tahun

Menurut artikel beberapa media semalam, seorang lelaki berusia 42 tahun telah di tahan oleh polis susulan penemuan 15 potongan daging menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, di sini, Sabtu.

ibu

Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang, sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Cebisan daging yang dijumpai di dalam tangki kumbahan itu dipercayai daging anggota badan wanita warga emas yang merupakan ibu kepada lelaki yang ditahan tersebut.

Selain itu, pihak polis juga menjumpai beberapa senjata yang dipercayai digunakan untuk melakukan pembunuhan kejam itu seperti parang, pisau dan lain-lain.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata;

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

“Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Kita (polis) turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, lewat malam ini.

ibuibu


Tidak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

“Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga: Daie Syed Dibebaskan 20 Tahun Hukuman Penjara, Ada Yang Tak Puas Hati??


Komen Netizen

ibu

Hasil perkongsian di Facebook, rata-rata netizen mengutuk keras perbuatan tersebut dan berdoa agar dijauhi daripada kejadian yang menyayat hati ini. Ramai juga yang mengingatkan pengorbanan seorang ibu tidak kayak dibalas sedemikian rupa.

Antara komen-komen yang ditulis netizen;

“Ibumu mengandungkan dirimu 9 bulan, dan bersusah payah membesarkanmu. Namun, susu diberi, tuba kau balas.”

“Sangat kejam si anaknya sanggup perlakukan ibu sedemikian.. Hilang kewarasan akal.. 😭😭”

“Ya Allah.. kerana harta sangup sedemikian😭Sayangilah orang tua yang telah melahir,membesarkan kita. Xterbalas jasa mereka klu nak dikirakan.. Allahhuakbar..”

“Kita ni Klau nk ada harta cari sendiri.bukan mengharapkan harta orang tua.nampk sangat KO malas kerja, harap orang tua je.dasar anak yg x mengenang budi.kau patut bersyukur di lahir kn di dunia ini.tapi racun yg kau balas dgan ibu yg melahirkan kau dengan kudrat tenaga dgan hujung nyawa ibu kau.”

“Sampai betul hati mu anak. Masa kau kerat ibu mu, apa lah perasan kamu masa tu. Gembira syaitan tengok 😭😭😭 apa lah juga perasaan ibu mu masa tu . Ya Allah .. kalau di fikir mahu gila ya. Sedih nya.. banyak2 doa kawan2, untuk anak kita..”

“Dunia akhir zaman. Disaat dekat nk kiamat keluar lah cerita2 begini seluruh dunia berlaku hari2. manusia hidup spt tiada tamadun seumpama bermulanya zaman, hdp spt tiada agama dan seperti tiada peraturan. Nauzubillahiminzalik… Minta jauh dr keluarga dan darah daging sendiri.”

“Allah Allah Allah.. Harta tu asalnya dari ssah payah mak ayah nk mmbesarkan anak2.. Simpan harta masa anak2 kecil utk kesenangan anak2 bila besar nnti.. Bila dah bahagi ikut kehendak parents.. Dia pulak buat mcm tu.. Betullah org kata biar x berharta daripada berharta bergaduh, bermasam muka smpai mmbunuh..”

Kesimpulan

Apa pun, semoga kejadian ini tidak akan berlaku lagi dan semoga dijauhkan sifat tamak haloba serta sifat-sifat buruk lain dalam hati setiap ahli keluarga kita.

Ingat, harta tidak dibawa mati. Yang dibawa mati, hanyalah amal baik.

Sumber: https://www.hmetro.com.my

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0