in

Ibu Kehilangan Tiga Orang Anak Serentak Dalam Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Siapa yang tidak bersedih sekiranya anak yang disayangi hilang dari pandangan mata dalam sekelip mata. Lebih lagi menyedihkan apabila tiga orang anak yang dikandung, yang dijaga dan yang dibelai semenjak kecil hilang begitu sahaja meninggal dunia dalam nahas kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, semalam.

Inilah dugaan besar dan ujian berat yang harus dilalui oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Mashawani Mohamed Shahid, 29. Berita yang amat sedih ini diterimanya ketika azan Subuh baru sahaja berkumandang dan lebih memilukan kerana dia yang juga seorang ibu tunggal telah kehilangan suami tersayang semenjak 8 tahun lalu.

Photo: Mstar

Walaupun begitu, ketiga-tiga jenazah anaknya Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan pada ketika ini masih lagi belum dapat disahkan dan para media berjanji akan mengemaskinikannya dalam waktu terdekat.

Menurut kenyataan ibu saudara mangsa, Rosnani Mohd Nor, kematian anak-anak kepada sepupunya itu baru sahaja dapat diketahui setelah semua jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Photo: Berita Harian

Menurut Rosnani lagi, mereka sekeluarga amat bersedih dengan tragedi ini yang turut meragut nyawa tiga anak saudaranya itu. Pada ketika ini Rosnani masih lagi belum dapat bertemu dengan sepupunya iyu.

Semoga ibu kepada semua mangsa dan ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang amat mengejutkan negara ini tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Semoga semua urusan dan siasatan dipermudahkan.

Berikutnya adalah kisah sebenar yang ditemubual dari pelajar tahfiz yang terselamat daripada kebakaran tersebut yang dikatakan orang pertama yang menyelamatkan diri dengan keluar melalui saluran paip.

https://www.youtube.com/watch?v=WACzvJudCkQ

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0