in

Ibu madu meninggal dunia, netizen sayu lihat Adira setia teman hingga ke kubur

Ibu madu meninggal dunia, netizen sayu lihat Adira setia teman hingga ke kubur

Lama tidak dengar tentang perkembangan penyanyi bersuara lantang, Adira Suhaimi yang kini lebih selesa menguruskan keluarga.

Umum sedia tahu bahwa penyanyi kelahiran Sabah ini berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

Walaupun hidup bermadu, namun hubungan Adira dan madunya Datin Red tetap baik.

Ibu Datin Red meninggal
Dalam perkongsian terbaru Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila Binti Hassim, dia telah memaklumkan pemergian ibunda tercinta pada 23 Mei 2022.

Peluk cium madu
Suasana pilu menyelubungi ketika permakaman allahyarham ibu kepada Datin Red di tanah perkuburan Islam.

BACA : Dikecam koleksi mencecah ribuan Ringgit, CARMELITA pertahankan sebab tersendiri

Dapat dilihat juga kehadiran Adira yang berada rapat dengan madunya dan tak henti menenangkan wanita itu yang agak beremosi melihat jenazah ibunya akan disemadikan.

Adira dilihat memeluk dan menenangkan Datin Red dan sama-sama berdoa di sisi pusara arwah selepas jenazah selesai dikebumi.

Perkongsian yang dibuat oleh isteri pertama Datuk Red juga agak menyebakkan selepas dia mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, suami serta madunya yang sentiasa ada bersama dalam waktu suka serta duka.

Innalillahiwainailahirajiun, salam takziah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan salam takziah buat Datin Red serta ahli keluarganya diatas pemergian insan yang cukup istimewa ini.

Faham perasaan ditinggal insan tersayang

Untuk makluman, Adira telah bernikah dengan Datuk Red pada hujung tahun 2015 dan mengesahkan pernikahan mereka yang dilakukan di Thailand sekitar awal 2016.

Ketika itu, ahli perniagaan tersebut sudahpun mempunyai isteri dan beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu sebelum menyunting Adira sebagai isteri.

Sumber: Instagram datin_red

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

 

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0