in

“Ibu Mana Kawan Shahir?” – Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Sehingga Kini Masih Tidak Tahu Rakannya Terkorban

Bukannya sesuatu yang amat mudah untuk diterima kenyataan selepas kita kehilangan seseorang yang amat kita saya. berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikulnya, lebih-lebih lagi cara kepergiannya begitu memilukan dan menyayat hati sesiapa saja.

Biarpun tragedi kebakaran itu di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah pun berlalu selama 18 hari, sesiapa sahaja, sahabat dan semua keluarga mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut masih begitu sukar untuk menerima hakikat perkara itu telah pun berlaku.

Melalui laporan Astro Awani, seorang ibu kepada salah seorang mangsa yang dikatakan terselamat dalam tragedi tersebut terpaksa merahsiakan tentang pemergia 21 pelajar yang telah terkorban dalam kejadian itu daripada pengetahuan anak kesayangannya itu.

Sumber: Gempak

Ibu tersebut dikenali sebagai Nor Faizah Aripshah, 42, ibu kepada salah seorang daripada 6 mangsa yang terselamat, iaitu Mohd Shahir Shaharuddin, 11 thaun, berkata, anaknya sehingga kini masih menganggap dua guru tahfiznya sahaja yang terkorban dan semua rakank-rakannya terselamat dalam kejadian tersebut.

“Shahir nak tahu kawan-kawannya yang lain berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) mana.. dia nak tengok kawan-kawan. Dia tak tahu sebenarnya mereka dah tiada, dia juga tak tahu kebakaran itu tragedi besar negara.

“Bila dia (Shahir) tanya mengenai kejadian, kami tak berani nak beritahu apa-apa.. cuma kami bagi tahu, tunggu adik benar-benar pulih dahulu, baru kami cerita,” katanya sewaktu ditemui ketika menerima sumbangan dari kerajaan Terengganu.

Sumber: MMO

Difahamkan,. Shahir kini masih lagi dalam proses rawatan dan pemulihan di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur setelah seminggu berada di ICU akibat melecur pada badannya. Mohd Shahir juga dikatakan mengalami trauma apabila mengingati semula tentang kejadian tersebut.

“Satu hari dia ada tengok berita mengenai kejadian, dia nangis dan trauma. Selepas itu, dia cakap dah tak nak tengok lagi berita mengenai kejadian kebakaran itu.

“Saya jaga dia setiap malam, ada masanya dia mengigau, terkejut dan bercakap mengenai tahfiz sebab dia rasa seolah-olah berada di tahfiz, bukannya hospital,” jelas Nor Faizah.

Sumber: TV14

Walau bagaimanapun, Nor Faizah sangat bersyukur memandangkan tahap kesihatan anaknya kini dilaporkan semakin baik dan stabil serta turut beransur pulih selepas 2 minggu berada dalam ICU.

Sehingga kini, pihak hospital terus merawat bahagian kulitnya terlebih dahulu sebelum membuat rawatan susulan di bahagian pinggul Shahir yang dilaporkan mengalami keretakan.

Tambahnya lagi, kesihatan dalaman anaknya itu juga semakin pulih. Namun, mangsa dikatakan masih lagi tidak mampu berdiri dengan baik dan tidak boleh bergerak terlalu banyak.

“Nak bagi pulih semangatnya, saya panggil kawan dia datang untuk bagi sokongan, sebab dia minta nak jumpa kawannya… saya ada hubungi kawannya dan mereka datang melawat Mohd Shahir,” katanya lagi.

Sumber: Twitter

Pada Khamis lalu, 2 remaja yang berusia 16 tahun keduanya telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala lUmpur atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan juga 2 guru tahfiz dalam kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung.

Semoga adik Mohd Shahir terus tabah menerima kenyataan dan segera sembuh dari kesakitannya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0