in

Ibu Meninggal Dunia, Anak Bergegas Dari Airport, Berlari Ke Arah Kuburan Untuk Melihat Wajah Ibunya Kali Terakhir, Sedih!

meninggal dunia

Ibu Meninggal Dunia, Anak Bergegas Dari Airport, Berlari Ke Arah Kuburan Untuk Melihat Wajah Ibunya Kali Terakhir, Sedih! ~ Ibu adalah merupakan insan yang terpenting dalam hidup setiap manusia. Tanpa ibu, siapalah kita.

Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu dan tidak akan mampu kita balas budi mereka sampai bila-bila. 

Kehilangan ibu ibarat kita kehilangan seluruh dunia. Tiada lagi tempat bermanja dan berkeluh kesah tentang kehidupan.


Anak Pulang Ke Rumah, Ibu Kembali Kepada Pencipta

Antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh perantau ialah waktu berpeluang untuk balik ke rumah, menjenguk ibu ayah dan ahli keluarga yang ditinggalkan. 

Namun kegembiraan yang didambakan ini bertukar menjadi kisah sedih buat seorang gadis yang pulang ke kampung halamannya di Tawau, Sabah apabila ibunya dikhabarkan meninggal dunia ketika beliau sedang dalam perjalanan menuju ke kampungnya. 

meninggal

Video tular yang meruntun jiwa tu memaparkan seorang gadis berlari anak ke arah kuburan untuk melihat  ibunya buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan dikongsikan dalam pelbagai platform sekaligus mendapat tontonan seluruh rakyat Malaysia. 

“Kakaknya ni memang sudah rancang balik kampung hari ni (Jumaat). Tapi hari yang sama juga ibunya pergi dulu,” tulis Jasman dalam video tersebut. 

Jasman adalah merupakan individu yang membuat rakaman video meruntun jiwa tersebut. 


Dapat Khabar Ibu Sedang Sakit

Sebelum itu, beliau telah menerima khabar bahawa kesihatan ibunya sedang merundum akibat sakit jantung dan segera mencari tiket pulang lebih-lebih lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. 

Namun apakan daya, hasratnya bertemu ibu tidak kesampaian. Ketika beliau sampai di bumi Tawau, ibunya telah pun meninggal dunia dan jenazah ibunya dibawa ke Tanah Perkuburan Pasir Putih Tawau untuk dikebumikan. 

Lalu, dengan perasaan yang tidak tergambarkan, beliau bergegas ke tanah perkuburan dari lapangan terbang Tawau. 

meninggal dunia

BACA JUGA: Zamani Dilihat Menyanyi Dalam Keadaan Bongkok, Masalah Tulang Bel

akang Semakin Serius, Sayunya!


Tangan Menggigil, Wajah Ibu Ditatap Kali Terakhir

Dalam video tersebut, wanita itu dilihat sedang berlari-lari anak menuju ke arah kubur ibunya. Apabila sampai ke kuburan ibunya, tangan beliau jelas dilihat sedang menggigil kuat sambil menahan tangis. Wajah ibunya dielus lembut dan ditatap buat kali terakhirnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah dan turut bersimpati. Tidak kurang juga yang menceritakan pengalaman kehilangan ibu masing-masing. 

meninggal

Syukur dia dpt gak cium ibu dia buat kali terakhir sebelum masuk liang lahad. Sampai sekarang aku takleh lupa yg aku tak sempat nk jumpa ayah aku buat kali terakhir masa aku study kt nz. Dapat tahu meninggal terus rush cari flight terdekat sampai2 ayah aku dah selamat dikebumikan” – via Twitter

“Benda yang paling aku risaukan bila  aku tengah berada jauh dari keluarga ialah bila mana aku terima khabar berita kematian insan yang aku sayang. Aku risau aku tak sempat utk menjalankan amanah yg terakhir utk kedua org tua ku. Semoga kita semua kuat untuk hadapinya nanti” – – via Twitter

Kebetulan hari anak dia balik, hari tu jugak la mak meninggal, mujur sempt tgok arwah mak dia sebelum  ditanam”- via Twitter

“Buat yang masih ada ayah ibu, hargai dan sayangilah mereka sehabis baik. Nanti bila dah tak ada, ungkapan emak, ibu tu lah yang paling rindu nak disebut. Satu kerinduan yang tiada penghujungnya, dibawa dari hari ke hari sampailah tiba giliran kita pula. “ – via Twitter

“Sama macam saya. Mak saya meninggal semasa saya berada jauh di perantauan utk menuntut ilmu. Saya naik flight balik dan sempat tiba di perkuburan tapi tak sempat nak tgok dan cium wajah terakhir ibu. Perasaan masa tu hanya Tuhan yg tahu betapa kecewanya saya.“ – via Twitter


Kesimpulan 

Salam takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dan semoga semua yang sedang merasa kehilangan diberi ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian. 

Kepada yang masih mempunyai ibu ayah, hargai mereka dan abadikan kenangan sebanyak mungkin bersama mereka kerana waktu yang telah berlalu tidak akan berulang kembali. 

Semoga kita berkesempatan untuk terus berbakti kepada ibu ayah selagi hayat mereka masih dikandung badan. 

Sumber: Facebook Jasman Aman

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0