in

Risau Anak Makin ‘Jauh’, Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat & Jual Nasi Lemak!

Risau Anak Makin ‘Jauh’, Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat & Jual Nasi Lemak!

Ibu bekerjaya khususnya akan menghantar anak-anak sama ada ke rumah pengasuh mahupun taska sementara kita keluar ke pejabat. Kita biasanya tersepit antara impian untuk mengejar cita-cita dan tanggung jawab untuk menguruskan keluarga.

Begitulah kisah Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan demi kasih sayangnya terhadap anak-anak. Untuk membesarkan anak-anaknya sendiri, dia berhenti kerja dan menjual nasi lemak dan nasi kerabu di tepi jalan.

Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja. Kadang-kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang, kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka.

Anaknya juga tidak mahu dengan dirinya kecuali dengan pembantu rumah. Ketika itulah terdetik di dalam hati wanita ini sekiranya keadaan begitu berterusan mungkin anaknya akan hantar dia ke rumah orang tua bila dah besar nanti.

Ceritanya kepada mStar, wanita ini yang berusia 44 tahun berkata dia tidak berfikir dua kali untuk meletakkan jawatan ketika itu kerana salah seorang anaknya tidak sihat. Pada waktu itu anak keduanya demam dan dirinya juga sedang hamil bayi ketiga.

Tonton video ini;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Oleh itu, Puteri Azie nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan di sekitar kawasan rumahnya sahaja. Pada usia 26 tahun dia mula berniaga dan untuk mempromosikan perniagaannya, Puteri Azie membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu.

Bermula dari situlah dia mula mendapat tempahan makanan dan membuatkan Puteri Azie berniaga di luar. Ketika mula-mula berniaga, dia mendapat bantuan dari seorang penjual durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah.

“Saya berniaga selepas suami meninggal dunia. Saya buat apa saja kerja yang boleh membantu untuk saya besarkan anak-anak. Jadi saya buat flyers dan edarkan di kawasan tempat tinggal saya.”

Pada bulan pertama Puteri Azie berniaga, dia dapat menyimpan sehingga RM13,000. mengimbas kenangan ketika itu, Puteri Azie memberitahu yang dia terpaksa bawa anak-anak yang masih kecil keluar berniaga. Akhirnya berkat usaha gigih, anak pertama dan kedua Azie berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

“Anak sulung dah 22 tahun, yang kedua pula 21 tahun. Anak bongsu pula 16 tahun. saya besarkan mereka dan syukur anak sulung berjaya sambung belajar di Jerman manakala yang kedua kini di UiTM.”

“Saya seorang ibu yang mementingkan pelajaran. Ada yang tanya mengapa saya tak buka kedai. Sebenarnya saya nak duduk dengan anak-anak. Nak tahu apa mereka buat, mana mereka pergi.

Biarpun anak-anaknya sudah besar, Puteri Aize tetap memilih untuk berniaga kerana sudah enjoy dengan kehidupan begitu. Jika dihitung, ibu ini sudah berniaga hampir 18 tahun kini.

Lepas balik berniaga lebih kurang 10.30 malam ketika itu, saya akan semak kerja sekolah mereka. Untuk pastikan mereka belajar, saya selalu belikan buku latihan untuk mereka.”

Sumber: mStar

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0