in

Berang Dapat Tahu Anak Gadis Hamil, Ibu Nekad Tembak Tunang Anak Perempuan

Kebanyakan ibu bapa di negara Barat lebih berfikiran terbuka dengan hal yang membabitkan perhubungan anak-anak mereka dengan pasangan masing-masing. Tetapi, ada seorang ibu yang tidak dapat menerima kenyataan apabila mendapat tahu anak perempuannya mengandung hasil dari hubungan dengan seorang lelaki iaitu tunangnya.

Melalui laporan Nextshark, ibu berkenaan berbangsa Asia Amerika daripada Georgia, Amerika Syarikat yang telah menembak mati seorang lelaki iaitu tunang anaknya selepas mengetahui anak perempuannya itu hamil selepas mengadakan hubungan dengan lelaki berkenaan.

Kejadian tersebut berpunca apabila wanita tersebut Paw Law, 57, yang berasal daripada Myanmar merasa sangat sedih selepas mendapat tahu anaknya itu Madaya Be, 18, dikatakan hamil, lapor Fox News.

Madaya juga dipercayai telah bercadang akan berpindah bersama tunangnya, Nyatole Eh yang berusia 17 tahun ke Wisconsin bagi memulakan kehidupan baru mereka.

Akibat berang dan marah dengan keputusan anaknya itu, Paw telah pergi ke kedai pajak gadai dan turut membeli sepucuk pistol selepas dia dan anaknya bertengkar di rumah yang mereka diami itu sebelum berlakunya kejadian tersebut.

Pada keesokan harinya, ketika Madaya dan Nyatole sedang menyediakan sarapan pagi di dapur, Paw berjalan ke belakang tunang anaknya itu, lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki malang berkenaan.

Selepas itu, secara tiba-tiba Paw dikatakan telah cuba menembak dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan Paw telah ditahan oleh anak gadisnya yang sedang hamil 4 bulan itu.

Ekoran kejadian tersebut, Madaya merasa amat sedih dan kecewa dengan tindakan yang amat mengejutkan yang dilakukan oleh ibunya sendiri.

“Ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan. Saya langsung tak sangka perkara sebegini akan berlaku.”

“Dia (tunang) seorang lelaki yang sangat baik dan lurus,” jelas Madaya.

Mungkin tiada siapa yang menyangka seorang ibu yang selama ini menyayangi anaknya sanggup melakukan tindakan sebegitu. Semoga Madaya dan anaknya selamat dan kuat menghadapi cabaran dan dugaan ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments