in

Ibu Hampir Pitam Anak Gadisnya Berusia 15 Tahun Keluar Dari Tandas Awam Pegang Bayi Berlumuran Darah

anak luar nikah

Gejala sosial pada masa kini adalah satu masalah yang dianggap semakin serius memandangkan hampir setiap hari ada saja berita yang membabitkan masalah sosial yang berlaku di antara remaja lelaki dan perempuan tidak cukup umur dan sebagainya.

Dengan pendedahan media sosial seperti tidak disekat, anak-anak remaja pada hari ini dilihat begitu berani dan tidak berasa malu untuk melakukan perbuatan maksiat malahah ada yang sangat bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

Baru-baru ini, satu berita yang amat mengejutkan seorang ibu apabila dia mendapati anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi di dalam tandas awam.

Menurut laporan mStar, kejadian tersebut disedari ibunya pada 21 November lalu, apabila dia keluar bersama suaminya diikuti anak lelaki dan anak perempuannya ke sebuah pusat membeli belah di bandar Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimanapun, anak perempuannya itu telah mengadu yang dia senggugut dan sakit perut serta mahu ke tandas segera.

Tandas
Gambar hiasan

Selepas satu jam berlalu, wanita tersebut mendapati anak perempuannya itu masih lagi belum keluar daripada tandas awam berkenaan. Walau bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas itu dia sangat terkejut selepas mendapati anak gadisnya itu sedang mendukung seorang bayi yang dipenuhi dengan darah merah.

Ekoran terkejut dengan situasi tersebut, wanita itu bersama suaminya terus bergegas ke hospital dengan membawa anak dan bayi tersebut serta turut membuat laporan polis. Menurut ibu bapa remaja berkenaan, mereka langsung tidak menyedari bahawa anak gadisnya itu sedang sarat mengandung.

bayi
Gambar hiasan

Selepas diminta memberikan penjelasan kepada ibu bapanya, gadis tersebut akhirnya mengakui yang dia pernah menjalinkan hubungan seks bersama teman lelakinya yang dipercayai berusia 17 tahun. Menurut beliau lagi, dia dan remaja lelaki terbabit telah pun berpisah sejak lima bulan lalu.

Laporan dari Ketua Polis Penampang, Supritendan Rosley Hobden, remaja perempuan tersebut dan bayinya kini berada di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut dan polis juga sedang berusaha untuk menjejaki kekasihnya yang sehingga kini masih hgagal dikesan.

Trgaedi ini pasti mengejutkan seluruh ahli keluarga gadis tersebut. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini dan semoga remaja lelaki itu ditemui serta turut bertanggungjawab di atas apa yang telah dia lakukan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments