Membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Beban yang dipikul menjadi berganda kerana peranan seorang ‘ayah’ juga turut dipikul bersama. Namun begitu, berbekalkan ketabahan hati dan semangat yang tidak pernah luntur, seorang ibu tunggal juga mampu mencapai kejayaan yang luar biasa.
Ibu Tunggal Berjaya Genggam Master Di UK
Farah Lee, ataupun Nurfarahin Romli membuktikan kemampuan beliau walaupun bergelar ibu tunggal dan mempunyai seorang anak apabila berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University Of Leeds, United Kingdom. Beliau juga merupakan selebriti popular di media sosial serta mempunyai bisnes sendiri.
Beliau meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di universiti beliau selepas dua tahun menunggu akibat wabak covid-19. Wanita yang berusia 30-an itu mengakui bahawa kejayaan beliau bukanlah satu perjalanan yang mudah apatah lagi selepas beliau membuat keputusan untuk membawa anaknya berhijrah ke luar negara bagi menghabiskan pengajiannya.
BACA JUGA: Jiwa Kental! Inilah Wanita Luar Biasa Di Puncak Bangun4n KLCC
Demi Menuntut Ilmu
“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa; demi ilmu.
“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!”
Begitulah tulisan caption Farah Lee yang juga mesra dipanggil Omma oleh anaknya, Mariam Esabel. Beliau juga turut membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.
Dedikasi Buat Anak
“Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.
“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.
Kejayaan yang dicapai beliau wajar dijadikan inspirasi untuk semua wanita di luar sana. Tiada apa yang mampu menghalang kita daripada mencapai kejayaan selagi mana kita mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Sumber: www.viralmalaysiaku.com
Loading…