in ,

Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri – Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

Peserta berasal dari Malaysia, Diana Chan diumumkan sebagai juara musim terbaharu Masterchef Australia, malam Isnin (semalam).
Kejayaan tersebut menjadikan Diana sebagai rakyat Malaysia kedua menjulang trofi Masterchef Australia selepas pemuda kelahiran Pulau Pinang, Adam Liam, memenanginya pada musim kedua.
Menariknya, hidangan yang memberi kemenangan kepada Diana ialah Ikan Merah Masak Sambal, resepi yang selalu dimasak oleh ibunya.
Selain hidangan yang memikat hati juri, perwatakan dan sikap tenangnya berdepan tekanan serta cabaran setiap minggu antara faktor dia dipilih sebagai juara.
Diana juga seorang peserta yang selalu tampil konsisten dengan hidangan menarik dan sempurna sejak dari awal program.
Peserta berusia 29 tahun ini menewaskan saingannya Ben Ungermann dan membawa pulang trofi, wang tunai berjumlah A$250,000 dan muncul dalam kolum majalah masakan, Delicious.
Diana merupakan seorang akauntan yang dilahirkan dan membesar di Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur ketika usia remajanya.
Pada usia 19 tahun, Diana berpindah ke Australia dan menetap di Melbourne
Sumber: Astro Gempak

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments