in

Iklan Raya Viral Kisah Mak cik Saadiah Terus Diingati, IPD Gerik Merindui Pengorbanannya Sebagai Isteri Mengayuh Basikal 40 Tahun Bersama Mangkuk Tingkat

Iklan Raya Viral Kisah Mak cik Saadiah Terus Diingati, IPD Gerik Merindui Pengorbanannya Sebagai Isteri Mengayuh Basikal 40 Tahun Bersama Mangkuk Tingkat

Iklan raya adalah momen yang paling ditunggu-tunggu setiap kali hari raya menjelma. Membawa nostalgia mereka yang berada di perantauan untuk kembali berkumpul semula bersama keluarga tercinta. Jika anda masih ingat pada iklan raya tahun 2021 dari jenama Saji Malaysia yang bertajuk Mangkuk Tingkat Mak Teh, kisah Mak Cik Saadiah ini untuk anda ingati beliau.

Wanita tua mengayuh basikal ke IPD inspirasi dari kisah Mak Cik Saadah

Iklan raya yang pernah viral tahun lalu mengisahkan tentang wanita bernama Mak Teh lakonan Fatimah Abu Bakar. yang tanpa jemu menghantar mangkuk tingkat berisi makanan buat suaminya yang sedang bertugas sebagai pemandu ambulans di hospital.

Namun di akhir iklan nanti, anda sendiri akan mengalirkan air mata bila dapat tahu kenyataannya bahawa suami Mak Teh sudah pun 5 tahun meninggal dunia. Namun dalam tempoh tersebut, tidak pernah sekali pun Mak Teh berhenti dari menghantar mangkuk tingkat walau suaminya telah meninggal dunia.

Hakikatnya, iklan raya yang memaparkan watak Mak Teh ini sebenarnya memang benar-benar kisah dari seorang wanita bernama Saadiah Abdullah atau juga dikenali sebagai Mak Cik Saadiah 85, yang tinggal di Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik, Perak.

Daripada perkongsian Rizal Hakimm di Facebooknya, kisah Mak Cik Saadiah sudah hampir 40 tahun kayuh basikal kira-kira lima kilometer untuk hantar makanan ke IPD Gerik semenjak arwah suaminya, Allahyarham Alias Nik Daud meninggal dunia kerana dibunuh oleh komunis.

Arwah suami Mak Cik Saadiah yang bertugas sebagai anggota polis botman era komunis telah terkorban dalam satu serang hendap pada 28 Ogos 1975.

“Dengan kematian kita berpisah, tapi kasih tetap mekar dalam hati”


Ungkapan manis yang mengambarkan betapa kasih, sayang, dan cintanya seorang suami isteri dalam rumah tangga. Memang benar mereka yang saling kasih mengasihi akan terpisah jasad hanya dengan kematian tetapi rasa cinta dan memori indah akan terus mekar dalam jiwa.

Dari mana kekuatan wanita tua ini meneruskan rutin hariannya mengayuh basikal untuk menghantar mangkuk tingkat ke IPD selama 40 tahun itu pun masih menjadi tanda tanya. Kasih seorang isteri membawa kisah pilu ini mendapat liputan akhbar tempatan.

Kata orang untuk pikat suami dari perutnya, memang benarlah apa yang dilakukan kisah Mak Cik Saadiah. Ini kerana biarpun insan yang dicintai sudah lama pergi tetapi beliau tetap gigih menyediakan sajian untuk sesiapa sahaja atau anggota polis yang bertugas di IPD tersebut.

Jatuh basikal, bonceng motosikal dan berjalan kaki 2 km demi mangkuk tingkat

Selama beliau melakukan rutin harian untuk menghantar mangkuk tingkat itu banyak kali juga berlaku insiden beliau terjatuh basikal. Sehinggalah pada tahun 2012 selepas berlaku insiden terjatuh basikal, anaknya melarang untuk berbasikal lagi lalu dibuka tayar basikal tersebut.

Siapalah tidak kenal dengan wanita cekal ini, selepas lima tahun kemudian iaitu Mei 2017, beliau kembali menghantar makanan. Apa yang menariknya bukan lagi lauk pauk atau makanan berat tetapi cuma makanan ringan seperti gula-gula.

“Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara,” katanya.

Bukan lagi mengayuh basikal sebaliknya membonceng motosikal yang ditunggang anaknya. Bukan sahaja tidak jemu berbakti kepada arwah suami tetapi gemar juga menghantar makanan untuk anak dan cucu di kampung sebelah.

Berjalan kaki sejauh 2 kilometer bukanlah menjadi masalah untuknya jika tujuannya untuk melihat anak, cucu, dan cicitnya.

Kesetian seorang isteri menemui suami, meninggalkan dunia
Mak Cik Saadiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik jam 12.40 tengah hari pada 6 September 2021 selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik.

Pergorbanan, kesetiaan, dan kasih sayang arwah Mak Cik Saadiah kepada arwah suaminya begitu besar. Semoga Allah SWT menempatkan pasangan suami isteri ini di tempat orang-orang yang beriman.

Sumber: Rizal Hakimm, Berita Harian, majalahilmu.com

BACA : Langit Tak Akan Selamanya Mendung, Bagaimana Cara Untuk Ubah Derita Jadi Bahagia, Dato Fadzilah Kamsah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0