in

Ini Antara Waktu Terbaik Untuk Minum Air Kosong Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Dengan meminum air kosong atau air masak sememangnya teramat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan selain melancarkan metabolisma tubuh sekaligus memelihara berat badan yang ideal, malah ia turut membakar kalori yang berada di dalam badan kita sekiranya badan kita mencukupi air.

Pembakaran kalori dengan lebih cepat dan pantas kalori yang berlaku menjadi lebih cepat dan pantas selepas kandungan air yang ada dalam badan mencapai tahap yang sepatutnya seperti kecukupan air yang diminum pada setiap hari mengikut kadar yang disyorkan.

Tetapi tahukah anda, bilakah waktu yang sesuai yang harus diamalkan untuk minum air kosong ini? Di sini kami kongsikan dengan anda tentang waktu yang paling terbaik untuk minum air kosong untuk kesihatan anda supaya menjadi lebih baik dan teratur.

Sebelum Masuk Tidur

Minumlah segelas air masak sebelum masuk tidur. Tujuannya untuk mengelakkan badan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian yang paling terbanyak yang telah dicatatkan di Malaysia melalui kajian yang dilakukan.

Ketika Bangun Tidur

Seterusnya minumlah dua gelas air masak untuk mengaktifkan organ dalaman kita sebelum meneruskan aktiviti rutin harian selepas bermulanya pagi.

Sewaktu Sebelum Mandi

Adalah lebih baiknya jika anda minum segelas air masak ketika sebelum mandi. Kerana ia juga dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah di dalam badan kita.

Semasa Sebelum Makan

30 minit sebelum makan, eloklah diminum dterlebih dahulu segelas air masak atau air kosong. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut selepas penerimaan makanan secara tiba-tiba sebelum adanya air.

Semoga bermanfaat dan memberikan pengetahuan baru kepada semua. Tidak salah jika mengamalkan amalan yang baik selain turut membantu dan memberikan kebaikan pada diri sendiri dan juga orang lain.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0