in ,

Ini Pendapat Akhi Fairuz Salah Ke Suami Cium Dan Peluk Isteri Depan Anak-Anak?

ini Pendapat Akhi Fairuz

Salah Ke Suami Cium Dan Peluk Isteri Depan Anak-Anak?

Salah Ke Suami Cium Dan Peluk Isteri Depan Anak-Anak? Ini Pendapat Akhi Fairuz
Setiap ibu bapa berhak untuk mendidik anak-anak mereka mengikut cara didikan yang mereka mahukan. Ibu bapa mana yang nak lihat anak-anak mereka te ruk? Namun, siapalah kita untuk tunding jari jika seseorang anak berbuat perkara yang tidak baik kepada ibu bapa mereka.

Apa yang para ibu dan bapa mahukan adalah anak mereka membesar dengan sihat di depan mata. Bukan itu sahaja, impian ibu bapa adalah untuk anak-anak sentiasa rapat dan memahami mereka dengan baik apabila mereka tua nanti.

Pernah tak korang sebagai anak terlihat ibu berpelukan dan mencium tangan sebagai tanda menghormati kepada suami mereka iaitu ayah kita? Ya, mestilah pernah. Tetapi, ada juga sesetengah masyarakat yang malu untuk tunjukkan kasih sayang antara suami dan isteri di depan anak. Kata mereka, takut memberi kesan negatif kepada anak-anak kelak nanti.

BACA : Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, Baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW Dijual Dengan Harga RM8 Billion

Jadi, untuk tidak mengelirukan anda semua, SK hari ini berbesar hati berkongsi pendapat seorang guru yang aktif di media sosial iaitu Akhi Fairuz Al Jengkawi tentang beberpaa pertanyaan ibu bapa mengenai perkara ini kepadanya. Saya diajukan pertanyaan seperti ini di page Akhi Fairuz. Oleh sebab saya sudah menjawab dan menulis tentang hal ini beberapa bulan lepas, maka saya ulang siar semula. Harap bermanfaat.

Jawapan saya,

1. Kemesraan seperti ini tidak ada masalah puan.

Lainlah tuan puan bermesra sambil bercumbu-cumbuan comolot depan anak. Kalau sekadar suami cium pipi isteri, isteri cium pipi suami, cium dahi, cium ubun-ubun, suami peluk isteri, isteri peluk suami, samada peluk dari depan atau dari belakang, ianya amatlah digalakkan.

2. Kasih sayang yang ibu ayah tunjukkan akan memberi impak positif pada anak.

Mereka akan peroleh tempias emosi kasih sayang itu. Maka, anak-anak ini akan melihat apa itu cinta yang sebenar, disalurkan dengan cara yang betul dan ia tanda rahmat dari Tuhan.

3. Anak akan ikut cara layanan pada isteri sama seperti kedua orang tuannya.

Ketahuilah, bila anak ni dah berkahwin nanti, mereka akan layan pasangan sama seperti yang mak ayahnya lakukan dahulu. Tapi kalau dari kecil nampak mak ayah asyik berg4duh, tak pernah minta maaf antara satu sama lain, peluk jarang sekali, perkataan terima kasih pun macam tak wujud di rumah, suami pukul isteri, maka itulah patern yang akan diikuti oleh anak bila dia bekeluarga nanti.

4. Peranan ayah penting

Ayah adalah hero bagi anak lelaki. Ayah adalah cinta pertama bagi anak perempuan. Segala gerak geri, percakapan, perbuatan anak akan perhatikan.

5. Anak-anak tengok luc4h bukan berpunca dari pelukan dan ciuman ibu dan ayah

Jika anak-anak meluc4h di sekolah, tunjuk jari tengah, slumber cerita pada kawan video luc4h yang dia dah tonton, cium mulut kawan, mencarut bagai, ketahuilah ia bukan berpunca dari pelukan, ciuman, kemesraan antara ibu ayah. Tetapi ia berpunca dari naifnya anak memproses maklumat tentang isu-isu seksualiti yang diperolehi dari video luc4h dan cerita kawan-kawan.

Ingat, kita ni guru pertama yang mengajar pendidikan seksualiti anak-anak tau! Bukan cikgu di sekolah, bukan kawan-kawannya, apatah lagi belajar dari pornografi.

Sumber: Akhi Fairuz Al Jengkawi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0