in ,

Inilah 7 Khasiat Ajaib Air Rendaman Kurma Yang Ramai Tak Tahu (Nabeez)

air rendaman kurma untuk ibu hamil dan bayi

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesihatan yang baik, tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak untuk semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Mengikut laporan Air Nabeez ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW. Nabi akan rendam beberapa biji buah kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas tertutup) dan minum air rendaman kurma itu di waktu pagi. Air itu Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembik itu, Nabi telan sekali. Oleh itu Air Nabeez ini dikatakan sebagai Sunnah Nabi.

Khasiat Air Rendaman Kurma Nabeez

Kebaikan Buah Kurma
Kebaikan kurma sememangnya telah terbukti sangat baik untuk kesihatan.

Terlalu banyak khasiat dan manfaat air rendaman kurma untuk ibu hamil dan bayi. Malahan buah kurma itu sendiri telah menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti yang diceritakan oleh ramai orang terutamanya orang-orang tua dahulu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir di hari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai :

  • Pemberi dan pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
  • Tinggi kandungan fiber – menggelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit)
  • Pemberi zat besi yang sangat bagus.
  • Kaya pottassium – penting dalam penjagaan jantung dan menstabilkan tekanan darah.
Khasiat Air Buah Kurma yang Direndam
Buah Kurma yang direndam dalam mangkuk selepas semalaman untuk dibuat Air Nabeez.

Air Nabeez ini adalah minuman berakali yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga turut membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu kurma. Petua ini telah terbukti dan ramai yang telah mengamalkan petua mujarab ini.

Baca : Jangan Buang Biji Kurma, Berikut Ialah Khasiatnya

Disebabkan Air Nabeez ini tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa. Ianya sangat bagus untuk mengembalikan tenaga serta memulihkan lemah tenaga batin.

Cara Membuat Air Nabeez

Air Nabeez
Air rendaman kurma yang diperah selepas semalaman disimpan atau diperam.

Cara untuk membuat Air Nabeez hanya dengan rendam beberapa biji atau butir buah kurma (sebaiknya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak atau dalam jug air atau gelas. Seelok-eloknya dibuat pada waktu petang atau malam dan pastikan jug air atau gelasi tu bertutup rapat. Pada keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air itu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut itu juga boleh dimakan begitu sahaja.

  • Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
  • Rendam kurma dalam air minuman tersebut.
  • Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan untuk buat air rendaman kurma adalah jenis Kurma Ajwa. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada buah Kurma Ajwa, anda boleh menggunakan sebarang jenis kurma kerana semua jenis buah kurma juga boleh dibuat untuk air rendaman kurma atau air Nabeez ini.

Baca : Resepi Jus Kurma Susu Yang Sangat Berkhasiat Untuk Ibu Hamil & Menyusu Di Bulan Ramadhan

Pantang Larang Dalam Membuat Air Nabeez

Anda dinasihatkan agar hanya menggunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu-satu masa. Tidak boleh dicampurkan kurma dan kismis untuk membuat Air Nabeez. Maksudnya anda perlu buat dalam dua bekas yang berasingan kalau nak minum Nabeez Kurma dan Nabeez Kismis.

Air Nabeez ini sekiranya ia disimpan di dalam peti ais, ia mampu bertahan untuk diminum selama sehari atau dua hari dan ada juga jenis-jenis buah kurma yang lain dikatakan lebih tahan lama sekiranya dibuat air rendaman kurman atau air nabeez ini.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0