in ,

Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-seri (Surah Yusuf)

Amalan doa agar muka nampak cantik dan disukai orang

Setiap orang di dunia ini terutamanya perempuan pasti ingin kelihatan tampil cantik dan berseri, wajah yang manis jadi impian dan badan yang ramping juga sangat diinginkan. Malahan semenjak zaman Rasulullah lagi penampilan juga menjadi antara perbahasan penting sering dibincangkan dan doa agar muka nampak cantik dan wajah berseri juga sememangnya ada dalam Al-Quran seperti Surah Yusuf.

Doa Agar Muka Nampak Cantik dan Wajah Berseri

doa supaya cantik dan bercahaya
Semua wanita ingin nampak cantik dan wajah bercahaya seperti bidadari.

Sebenarnya doa agar muka cantik dan berseri ini telah terbukti yang boleh menjadikan sesiapa saja yang mengamalkannya akan kelihatan berseri dan wajah bercahaya serta terlihat cantik dimata semua orang dan juga akan disukai banyak orang dan ketahuilah bahawa doa pemanis wajah ini sangat mustajab dan berkesan.

Surah Yusuf Ayat 4 Rumi dan Terjemahan

Kepada sesiapa yang mengimpikan wajah yang cantik dan muka berseri perlulah ia mengamalkan dan membaca Surah Yusuf Ayat 4 dengan kerap secara berterusan. Sila pastikan yang anda betul-betul melakukannya dengan ikhlas serta menjaga solat anda agar keinginan dan doa anda itu dimakbulkan Allah SWT.

Sekiranya anda telah pun mengamalkan Surah Yusuf ini untuk terlihat cantik, anda boleh teruskan pembacaan selain mengamalkan secara konsisten. Ayat dan doa ini juga adalah ayat pengasih untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh diamalkan untuk anak-anak supaya anak akan menghormati kita sebagai ibu bapa mereka, keluarga dan juga semua sahabat handai.

Jadi, amalkan doa agar muka nampak cantik dan ayat pengasih Surah Yusuf Ayat 4 serta Surah Thaha Ayat 39 seperti yang dikongsikan di bawah ini untuk mereka yang ingin terlihat cantik di depan suami, disukai semua orang, wajah bercahaya, cantik luar dalam, pemanis wajah untuk wanita dan lelaki dan banyak lagi.

Surah Yusuf Ayat 4

Surah Yusuf Ayat 4 Rumi
Surah Nabi Yusuf Ayat 4 dan Terjemahannya.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

Ingatlah ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya:

“Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka sujud dan tunduk memberi hormat kepadaku”

Selepas membaca Surah Yusuf teruskan dengan membaca keratan ayat dalam Surah Taha Ayat 39.

Surah Thoha Ayat 39

Surah Thoha Ayat 29
Kelebihan Surah Taha Doa Pelembut Hati.

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

Maksud Surah Thoha Ayat 39;

“Dan aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanku”

Cara Mengamalkan Ayat Penyeri Wajah

Cara untuk doa penyeri wajah agar bercahaya dan disayangi orang ini boleh dibuat dengan membaca tiga kali ayat atau doa tersebut, seterusnya sapu ke muka anda. Bagi sesetengah orang mengatakan sambil membaca doa ini boleh juga diletakkan bedak di atas tapak tangan dan memakai bedak tersebut sebagia pemanis wajah agar nampak cantik. Sejauh mana kesahihan ini tidak dapat dipastikan namun tidak salah rasanya jika kita mencuba sebagai ikhtiar dan yang akan mengabulkan doa kita adalah Allah SWT.

Walau bagaimanapun, amalan ini juga dikatakan sebagai doa mendapatkan jodoh yang dinginkan dan ia juga sesuai untuk mereka yang berat, liat atau lambat mendapat jodoh. Malahan ada yang memanggil doa ini sebagai doa jodoh atau doa cepat dapat jodoh yang baik.

doa agar muka nampak cantik penyeri wajah dalam bahasa melayu
Selain ikhtiar dengan doa, anda juga perlu berhias diri seadanya agar nampak cantik.

Anda dinasihatkan jangan sekali-kali membaca doa ini tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf Ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudiannya berhenti sekejap dan teruskan membaca keratan Surah Taha Ayat 39 sebagai penyeri, pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat ikhlas serta inginkan perkara yang baik terutamanya untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya dengan lebih lagi seperti biasa.

Baca juga: Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita Kembali

Apabila setiap kali bertemu atau bersua muka dengan orang yang dicintai seperti kekasih, isteri atau suami, anda bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik dan berkesan hendaklah ia diamalkan selalu serta turut membaca di hadapan orang yang kita sayang itu.

Anda tidak perlu membaca doa ini dengan kuat, cukuplah sekadar dengan membaca hanya di dalam hati. Selain itu sekiranya anda ingin dikasihi oleh masyarakat atau semua orang, anda boleh membaca kedua-dua ayat ini pada setiap kali selepas menunaikan solat dengan bacaan sebanyak 3 kali dengan penuh keikhlasan dan jujur.

Semoga doa agar muka nampak cantik ini bermanfaat kepada semua yang memerlukan doa atau ayat pengasih ini untuk disayangi oleh suami atau isteri, kekasih, keluarga, masyarakat dan semua orang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments