in

Semoga Allah Peliharakan Intan Nursyahira Yang Hilang Gagal Dikesan Sejak Jumaat Lalu

remaja hilang dari rumah

Heboh di media sosial Facebook sejak semalam tentang kehilangan seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun yang dikatakan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Rambai, Parit Buaya, Muar, Johor untuk ke rumah rakannya pada jam 5 petang Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kakak mangsa Intan Nursyafinaz Roslan, 18, mendakwa adik bongsunya itu, Intan Nursyahira, 13, keluar dari rumah pergi ke rumah rakan sekolahnya di Kampung Parit Buaya yang tidak jauh dari kediaman mereka untuk melakukan kerja sekolah.

Walau bagaimanapun, ibunya, Noraini Abdul Rahman, 44, telah menerima panggilan secara tiba-tiba dari rakan sekelas anaknya itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong yang dikenali sebagai Iffah dan bertanyakan mengapa mangsa tidak datang ke rumahnya seperti yang telah dijanjikan.

remaja hilang

“Ibu menjadi panik lalu menghubungi kami semua.

“Adik keluar dari rumah ketika ibu berada dalam bilik air, kakak pula berada dalam biliknya dan saya serta ayah, Roslan Atan, 52, berada di tempat kerja.

“Kami tidak tahu pakaian terakhirnya namun dia membawa beg sandang, buku sekolah dan wang kira-kira RM8, menunggang motosikal SYM berwarna hitam,” katanya yang dihubungi semalam.

Menurut Intan Nursyafinaz, adiknya tidak berkelakuan aneh malah berbual seperti biasa dengan ibu termasuk memberitahu mahu melakukan kerja sekolah itu beberapa jam sebelum dia keluar rumah.

“Kami sudah melakukan pelbagai usaha termasuk meronda sekitar taman dan kampung berhampiran bagi mencarinya,” katanya.

Intan Nursyahira berkulit cerah, setinggi kira-kira 150 sentimeter dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Intan Nursyafinaz sekeluarga di di talian 016-9088593 atau 018-2134649.

Kehilangan remaja itu juga disiarkan di Facebook selepas ahli keluarganya memohon pertolongan orang ramai bagi membantu menjejaki pelajar berkenaan.

Difahamkan, selepas semua usaha gagal, keluarga itu membuat laporan kehilangan Intan Nursyahira malam tadi.

Manakala melalui satu posting milik kakak mangsa Intan Nursyafinaz Roslan yang turut mendapat perhatian netizen selepas ianya dimuat naik dengan kenyataan yang agak menyedihkan kerana kakaknya itu dilihat telah meminta pelepasan dari pihak hospital kerana kehilangan mangsa selepas dimasukkan ke wad beberapa hari lalu.

“Demi adikku Ira. Angah paksa diri Angah untuk kuat Ira. Angah terpaksa minta perlepasan untuk keluar wad malam ini juga untuk selesaikan hal-hal ini semua.

“Walaupun Angah sememangnya tak larat Ira. Semoga Allah permudahkan urusan Angah untuk mencari Ira. Dan semoga adik dalam keadaan baik dik!

“Angah tengah cuba cari adik sampai jumpa walau apa pun jadi. Kalau betullah info-info dari orang yang Ira disorok di rumah. Aku harap kau tolonglah pulangkan balik adik aku ke pangkuan keluargaku. Aku mohon!”

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments