Kenaikan harga minyak secara mendadak sememangnya memeningkan kepala semua rakyat Malaysia. Lebih menyedihkan adalah mereka yang berpendapatan rendah kerana terpaksa mengikat perut dan menggelengkan kepala tanda terpaksa menanggung beban sedemikian untuk isi minyak.
Isi Minyak Ikut Liter Bukan RM
Ramai yang didapati turut mengeluh kerana memikirkan tentang perbelanjaan harian yang semakin meningkat naik seiring dengan kenaikan minyak yang pastinya sangat membebankan mereka semua. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menghadapinya, kerana itu ada keputusan yang telah diumumkan kepada semua.
Tak guna jika anda semua merungut kerana kenyataannya mahu atau tidak, minyak kenderaan, kereta atau motosikal setiap hari perlu diisi, jika tidak, tak dapatlah kita semua ke tempat kerja atau destinasi yang ditujui.
Satu perkongsian dari laman sosial Facebook yang kini sedang tersebar iaitu perkongsian tips untuk isi minyak supaya lebih jimat dari segi wang dan juga nilai.
Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter Bukan RM
CONTOH
⛽ Pergi ke kaunter, katakan anda ingin isi 20 Liter. Selepas itu bayar RM46.00
⛽ Ini lebih baik daripada isi RM40 kerana jumlah Minyak yang masuk adalah 15.7894737 Liter.
⛽ Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.
⛽ Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40.
⛽ Bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40,S tesen Minyak dah untung 9.4737 Liter.
⛽ Itu kalau 1000 orang setiap hari. Sebulan tu hanya pengiraan ringkas unutk pengisian RM40 sahaja.
⛽ Bayangkn, berapa banyak Stesen Minyak akan untung aats selisih kiraan jumlah Liter ini.
⛽ Sebab itu Stesen Minyak selalu buat Program Cabutan Bertuah
Dengan Pembelian Minimum RM40.
⛽ Mereka mahu menanam sifat mengisi Minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai Liter.
ISI DALAM LITER
1 Liter = RM2.30
⛽ Isi RM23 jadi 10 Liter
⛽ Isi RM46 jadi 20 Liter
⛽ Isi RM69 jadi 30 liter
⛽ Kalau isi 35 Liter, darab dengan RM2.3.
⛽ Kalau isi guna jumlah duit, Liter itu dibundarkan ke jumlah terdekat.
CONTOH 31.777 Liter.
Rugi sikit tapi kalau setiap hari taukey Stesen Minyak yang untung.
Hingga ke setakat ini, ramai pengguna dilihat seperti berpuas hati dan turut mengamalkan tips yang dikongsikan setiap kali mereka ingin mengisi minyak di stesyen minyak.
Sekarang masa untuk anda pula untuk mempraktikkan tips yang telah dikongsi ini. Selamat berjimat.
waw waw