Seorang Kaunselor Berdaftar yang dikenali sebagai Hushim Salleh mendedahkan bahawa sepanjang tempoh enam bulan ini, beliau telah menerima empat kes penceraian yang membabit isu yang remeh sehingga menyebabkan pasangan suami isteri tuntut cerai.
Beberapa alasan yang remeh tersebut adalah seperti badan bau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai gosok baju dan mulut busuk bau longkang sehingga membawa kepada pasangan yang antaranya telah berkahwin lebih dari 20 tahun itu tuntut cerai kerana gagal mencapai kata sepakat dan mencari jalan penyelesaian.
Kes Suami Isteri Tuntut Cerai
“Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.
“Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak,” katanya.
Menurut Hushim, pasangan berusia 30-an ini kini mendapatkan khidmatnya untuk memulihkan hubungan walaupun sudah memfailkan perceraian.

Untuk kes kedua pula, Hushim menyatakan, si isteri tuntut cerai akibat bengang dan marah dengan sikap suaminya yang dikatakan kerap memicit ubat gigi sembarangan berbanding dengan wanita itu yang memicit ubat gigi bermula dari bawah.
Wanita tersebut yang berusia 28 tahun sering bertengkar dengan suaminya yang berusia 29 tahun hanya kerana isu yang ramah dan turut mengharapkan suaminya melakukan kaedah yang sama terhadap ubat gigi.
Ekoran bosan dengan sikap suaminya itu, dia akhirnya telah menuntut cerai biarpun usia perkahwinan mereka sejak enam tahun lalu. Pasangan terbabit juga telah mendapatkan khidmatnya untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri, jelas Hushim.
Baca : Suami Bergurau Lafaz Cerai Talak 3 Tetapi Mahkamah Putuskan Jatuh Talak Walau Tanpa Niat
Manakala untuk kes yang ketiga membabitkan sikap seorang eksekutif lelaki yang ingin menceraikan isterinya kerana mendakwa wanita berkenaan tidak tahu atau tidak pandai menggosok bajunya.
Isteri lelaki ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan dilaporkan sering dimarahi oleh suaminya kerana lelaki tersebut bukan saja cerewet tapi amat teliti selain amat mementingkan kesempurnaan dalam segala hal terutama penampilan dan pakaian.
“Pasangan terbabit yang berusia 40-an telah dikurniakan tujuh anak. Suami mendakwa, isterinya gagal menggosok baju dengan kemas sebaliknya penuh dengan kesalahan seperti garisan tidak lurus.
“Lelaki terbabit bertegas mahu bercerai namun isterinya memujuk kerana mereka sudah lebih 20 tahun berkahwin selain berjanji akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan berkenaan,” katanya.

Bagi kes keempat pula, menurut Hushim, isteri meminta cerai kerana mendakwa mulut suaminya yang dikahwini semenjak 10 tahun lalu itu berbau busuk dan beliau telah beberapa kali menegur suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkannya sehingga mengakibatkan penceraian. Pasangan berkenaan turut dikurniakan dua anak dan ketika ini masih lagi dalam proses untuk memulihkan hubungan mereka.
Hushim berkata berkaitan dengan semua kes penceraian tersebut dan perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku sekiranya pasangan suami isteri itu mengambil tindakan lebih awal seperti berbincang sesama sendiri dengan cara baik atau bertemu dengan kaunselor berdaftar.
Baca : Hukum Talak Taklik (Cerai Ta’lik atau Talak Tergantung)
Setiap hubungan suami isteri, tolak ansur haruslah ada dan sekiranya pasangan anda melakukan sebarang kesilapan atau kurang sempurna dan seumpamanya, mereka harus berbincang bagi memulihkan hubungan dan bukannya tuntut cerai serta meminta cerai yang akhirnya berlakulah penceraian, laporan dari Harian Metro.
Loading…