in

Izara Aishah Maafkan Orang Yang Buka Aibnya

kes izara aishah

Sehingga hari ini nama Izara Aishah tidak perlu diperkenalkan lagi dan nama ini hangat diperkatakan umum selepas rakaman video busana seksi yang dipakainya tersebar meluas. Beliau kini tampil mengakui kesilapannya itu, Izara dalam masa yang sama turut memaafkan individu yang menyebarkan video terbabit yang didakwanya berlaku pada tahun lalu.

“Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab ini dengan sepenuhnya. Insha Allah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat anda semua. Perkara ini adalah antara saya dan kamu”.

“Sebelum ini saya juga pernah meminta maaf atas kesilapan saya kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then, saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan”, jelas Izara lagi.

artis
Wajah Izara Aishah nampak lebih cantik dan ayu bila bertudung. – Instagram

Biarpun ramai yang menempelak tindakan pelakon itu yang dikatakan tidak memakai bra sehingga menampakkan sebahagian payu daranya, namun Izara sanggup mengambil tanggungjawab di atas kecuaiannya memilih pakaian. Malahan dalam kenyataan beliau yang terdahulu juga, Izara juga telah membuat permohonan maaf kepada semua.

“Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul”, tulisnya menerusi Instagram sambil menyesali perbuatannya.

Walau apa sekalipun, Izara Aishah telah pun meminta maaf dan turut mengatakan dia akan lebih berhati-hati tentang pakaian di masa akan datang. Netizen dinasihatkan agar tidak terus menghukum artis cantik ini kerana dia juga seorang manusia biasa.

Semoga Izara Aishah akan terus berubah ke arah kebaikan dan meningkatkan pretasi beliau sebagai seorang artis terkenal di Malaysia. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan Izara nampak lebih cantik dan ayu apabila memakai tudung yang menampakkan kecantikkannya. Apa komen Izara?

Sumber: ROTIKAYA

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0