in

Warga Emas Jadi Buta & Rosak Saraf Mata Selepas Tersalah Guna Ubat Titis Telinga Untuk Dititiskan di Mata

jadi buta

Antara ubat titis mata dan ubat titis telinga selalunya kelihatan serupa dari segi bekas dan botol yang dijual di pasaran. Sekiranya anda tidak berhati-hati dan tidak perhatikan botol tersebut dengan teliti, mungkin anda akan tersilap menggunakannya yang akan mengakibatkan kemudaratan pada diri anda sendiri.

Perkara inilah yang telah berlaku terhadap seorang wanita yang berusia di Johor Bahru yang dilaporkan tersilap menggunakan ubat titis telinga yang dititis ke matanya sehingga menyebabkan saraf matanya rosak dan penglihatannya turut terjejas.

ubat titis mata
Biasanya botol ubat titis mata dan telinga kelihatan hampir serupa.

Menurut laporan Harian Metro, seorang nenek yang dikenali sebagai Sabiah Rabion tersebut telah menggunakan ubat titis telinga yang dimilikinya itu secara berterusan untuk merawat matanya. Wanita warga emas yang berusia 70 tahun itu turut mengakui bahawa dia langsung tidak menyangka apabila kecuaiannya itu telah mengakibatkan penglihatan matanya terjejas sama sekali.

“Tidak sangka kecuaian saya menggunakan ubat titis telinga secara berterusan bagi merawat mata menyebabkan saraf mata rosak malah saya kini cacat penglihatan.”

Menurut ibu tunggal itu lagi, dia telah mengalami penderitaan tersebut semenjak enam tahun lalu. Akibat rosak saraf mata dan cacat penglihatan menyebabkan Sabiah amat sukar untuk melakukan rutin harian seperti memasak serta mengemas rumah.

BACA JUGA : Awas! Bulu Mata Wanita Gugur Satu Persatu, Padah Kerana Ingin Sambung Supaya Cantik & Panjang

“Saya ada seorang anak lelaki dan dia minta saya tinggal bersamanya tetapi saya enggan kerana tidak mahu membebankannya.

“Dia yang sudah berumah tangga mahupun ahli keluarga lain termasuk adik lelaki saya serta jiran kerap mengunjungi saya malah prihatin dengan keadaan yang saya alami.”

mata jadi buta
© Harian Metro

Walau bagaimanapun, Sabiah masih menaruh harapan untuk mengembalikan daya penglihatannya itu. Dia turut memaklumkan bahawa dia masih lagi boleh melakukan kerja-kerja rumah dan memasak sendirian walaupun keadaannya tidak dapat melihat kerana cacat kedua-dua belah matanya.

“Anak dan adik lelaki masih tidak berputus asa membawa saya ke klinik mata, doktor pakar mahupun tradisional kerana mahu saya sembuh. Semoga Tuhan memakbulkan doa dan usaha kami.”

Penderitaan Sabiah itu telah tersebar di laman sosial sehingga mendapat perhatian dari pihak yang berkaitan apabila satu wakil jejak Asnaf Majlis Agama Johor Bahru (MAIJ), Nasir Ishak telah tampil untuk memberikan bantuan dan mengunjungi Sabiah.

Jadi buta
Pastikan anda dan keluarga tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Dia kini tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya,” jelas Nasir lagi.

Menerusi lawatan yang dilakukan oleh Nasir, dia memberitahu bahawa Sabiah turut membuat permohonan untuk bantuan sara hidup demi untuk meringankan bebannya itu.

Orang ramai disarankan agar terus berhati-hati ketika menggunakan ubat titis mata dan ubat titis telinga kerana bekas untuk mengisi ubat tersebut kelihatan seperti serupa. Pastikan anda tidak melakukan kesilapan sehingga memudaratkan kesihatan sendiri yang akhirnya menderita.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments