in ,

Untuk Kepuasan Pelanggan Lelaki Ini Jadi Model Gayakan Pakaian Wanita Tarik Perhatian Netizen

Peniaga yang berusaha
Lelaki ini berusaha untuk memuaskan hati pelanggan sehingga sanggup memakai pakaian perempuan.

Pada zaman sekarang rata-rata orang di dunia ini lebih suka membeli-belah secara atas talian atau online shopping. Walau bagaimanapun, kepuasan pelanggan adalah paling penting kerana pembeli akan was-was sebelum membeli disebabkan tidak dapat melihat barang sebenar yang dijual dan hanya dapat melihat melalui gambar sahaja.

Terbaru, seperti yang dilaporkan mStar, seorang lelaki yang juga peniaga online telah rela jadi model untuk pakaian wanita yang dijualnya itu sebagai memenuhi keinginan dan kehendak pelanggan yang dikatakan sering ragu-ragu dengan kesahihan barangan sebelum membuat sebarang pembelian.

Pakaian wanita
© NextShark

Lelaki terbabit yang berbangsa Cina tersebut didapati menjual gaun elegan di laman web Aliexpress dengan menggunakan profil yang bernama Shop739960 Store dan telah menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas rata-rata netizen begitu kagum dengan usaha dan kesungguhannya untuk terus berniaga untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Peniaga online
© NextShark

Gambar lelaki terbabit pada mulanya dikatakan jadi tular di laman Reddit pada baru-baru ini yang dipercayai telah dimuat naik oleh salah seorang pelanggannya yang telah membeli jualan lelaki terbabit. Pelanggannya itu yang menggunakan nama samaran 10lbsofmum telah membuat permintaan dari lelaki terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar pakaian dan bukannya gambar stok.

Jadi model
© NextShark

“Saya terjumpa sebuah kedai menjual gaun labuh dan gaun pengantin, jadi saya minta nak tengok gambar-gambar sebenar, bukan gambar stok dan penjual menghantar gambarnya sendiri memakai pakaian tersebut.”

BACA JUGA : (VIDEO) Wanita Peniaga Tudung Rayu Kembalikan Beg Tangan Yang Dicuri Seorang Wanita Yang Mendukung Anak

Model pakaian wanita
© mStar

Laporan dari laman NextShark pula, penjual tersebut turut menggayakan gaun dari berbagai jenis kain serta fesyen yang dihantar dari China berharga kurang dari RM450. Walau bagaimanapun, pelanggan kepada peniaga tersebut memaklumkan berkemungkinan besar segalanya adalah satu penipuan.

Hal tersebut kerana gambar yang sama turut pernah dimuat naik ke satu group Facebook yang bernama Aliexpress dan Ebay Lovers pada bulan Oktober 2017 yang lalu oleh pelanggan yang lain. Sungguhpun begitu, orang ramai yang melihat lelaki ini tetap terpegun dengan usaha serta kesungguhannya dalam berniaga selain sanggup memakai pakaian dan gaun elegan wanita hanya kerana semata-mata untuk menjualkan pakaiannya itu.

Lelaki berniaga atas talian
© NextShark

Lebih melucukan apabila ada segelintir daripada mereka turut memuji-muji akan fizikal serta cara lelaki tersebut menggayakan gaun-gaun tersebut sehingga peniaga tersebut diberikan gelaran sebagai Disney Princess.

Jangan tak percaya, inilah kenyataan. Kesungguhan dan usaha lelaki ini dalam bernia  ga boleh juga dicontohi asalkan tidak malu dan yang penting perniagaannya laris.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja