in

Jamal Yunos Buat Hal Lagi Dengan Pecahkan Kotak Botol Arak Di Depan Pintu Masuk SUK Selepas Dihalang Masuk

Datuk Jamal Yunos dikatakan buat hal lagi? Pada kali ini dia dikatakan telah cuba membuat pencerobohan serta turut lakukan aksi ganas di depan bangunan sekreteriat negeri Selangor bagi memprotes Better Beer Festival 2017 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Melalui laporan New Straits Times, pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu telah pecahkan beberapa buah kotak yang dipercayai mengandungi minuman beralkohol iaitu arak dengan menggunakan tukul besi dan turut membiarkan semua kotoran yang dikeluarkan dari arak tersebut dipecahkan begitu sahaja.

Datuk Jamal dikatakan turut ditemani oleh lebih dari 20 orang penyokongnya dan memulakan protes tersebut dengan membawa berkotak-kotak arak ke hadapan Pagar 1 SUK dengan alasannya untuk menyampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Namun, Datuk Jamal telah dilarang dan dihalang oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu utama bangunan tersebut.

“Mengapa saya tak dibenarkan masuk? Kita datang ke sini bukan nak buat kacau. Saya datang nak beri botol arak ini kepada pejabat Azmin. Saya nak sampaikan pada dia untuk tidak menggalakkan rakyat buat perkara yang tidak senonoh serta merosakkan akhlak.

“Kalau nak minum, minum di SUK. Jangan mabuk di luar SUK. Jika Azmin nak minum, nak mabuk, boleh buat dalam pejabat, jelasnya lagi.

Tidak beberapa lama selepas itu, Jamal kemudiannya dengan selamba telah menjatuhkan botol arak yang dipegangnya itu ke atas jalan raya sehingga pecah berderai kandungannya.

Walau bagaimanapun, kemudiannya dia dilihat telah menyusun beberapa kotak arak di depan pagar SUK bersama logo Better Beer Festival 2017 serta turut memecahkan kesemuanya dengan menggunakan tukul besi. Botol-botol tersebut dilihat pecah berderai di hadapan pintu masuk dan telah mengotorkan kawasan itu.

Selepas itu, Jamal kemudiannya meninggalkan kawasan berkenaan dengan menaiki MPV serta membiarkan kawasan itu terus kotor tanpa dibersihkan terlebih dahulu sebelum ditinggalkan.

Bagaimanapun, Ketua penguatkuasa SUK, Misnun Ali dilaporkan cuba mengejar kenderaan yang dinaiki Jamal untuk memintanya membersihkan kawasan tersebut namun panggilannya itu langsung tidak diendahkan.

“Memang tak bertanggungjawab untuk tinggalkan macam ni saja. Kotoran ini dibiarkan di tengah jalan dan kami ada banyak pelawat keluar dan masuk.

“Ini bukan perkara yang betul kalau dia nak protes. Ada banyak serpihan kaca di tepi jalan, dan penyokongnya pun tak mengendahkan saya bila saya minta mereka bersihkan. Saya akan buat laporan polis mengenai hal ini,” jelasnya lagi.

Sila tonton video yang memaparkan bagaimana keadaan itu berlaku.

Jamal Yunos pecahkan 100 botol arak di SUK

Jamal Yunos pecahkan 100 botol arak di SUK

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Wednesday, 4 October 2017

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook memaparkan tentang kejadian tersebut turut memberikan pendapat masing-masing. Ada diantara mereka berpendapat Jamal Yunos tidak sepatutnya bertindak demikian dan sebaliknya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0