in

Anda Dilarang Gunakan Panadol Untuk Lembutkan Daging Kerana Ia Boleh Membunuh – Mustaffa Othman

cara untuk lembutkan daging

Semalam saya bertanyakan di wall saya tentang tips atau cara untuk melembutkan daging. Soalan saya itu saja mendapat 60+ komen. Daripada komen-komen itu, ada lebih kurang 20 tips utnuk melembutkan daging. Serius saya tidak pernah tahu pun. Maklumlah jarang ke dapur.

Panadol

Ada juga tips itu yang pelik-pelik. Kadang-kadang fikir macam tak masuk akal juga. Kebanyakannya tips orang-orang lama atau petua. Kita ikutkan sajalah sebab mereka lebih lama hidup dan lebih banyak pengalaman.

Empat orang daripada yang memberikan komen menyarankan agar dimasukkan panadol. Mula-mula tergelak juga dalam hati bila tahu tips itu daripada individu pertama yang sarankan panadol. Ingatkan main-main, rupa-rupanya memang betul kerana tiga orang selepas itu pun menyarankan agar dimasukkan panadol untuk melembutkan daging.

Cara lembutkan daging

Saya tidak pasti secara saintifik bagaimana panadol mampu melembutkan daging. Tetapi yang saya pasti ada individu dan pekedai yang menggunakan tips panadol ini berdasarkan komen-komen yang diberikan.

Yang pastinya, seorang lelaki dalam ruangan komen ini sangat menegah penggunaan panadol untuk melembutkan daging. Amat berbahaya katanya, bahkan penggunaan panadol boleh membunuh.

Lelaki ini bukan menegur seorang, tetapi dua orang yang memberikan idea penggunaan panadol ini. Beliau amat tegas agar perlakuan ini dihentikan kerana amat berbahayakan.

Siapakah lelaki ini? Beliau adalah tuan Mustaffa Othman, pakar daging yang merupakan pemilik Me’nate Steak Hub yang dikenali ramai.

Bukan sahaja pakar dalam menyediakan daging yang sedap, tetapi amat mementingkan kesihatan dan keselamatan ramai dalam penyediaan makanan.

Jadi, apabila kita semua sudah tahu tentang ini adalah lebih baik kita elakkan dalam penggunaan dan petua sebegini yang akhirnya memudaratkan kita semua. Anda juga boleh guna petua untuk lembutkan daging yang lain seperti yang disarankan oleh nenek moyang kita seperti daun nangka dan juga sudu.

Namun tidak dapat dipastikan keberkesanannya. Biasanya kaum ibu pasti lebih tahu tentang ini dengan lebih mendalam. Jika sudi, sila kongsikan petua yang anda ada untuk kebaikan orang lain yang amat memerlukan.

Perkongsian dari Jusni Hashim.

Semoga bermanfaat!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0