in

Jangan Halau Kucing Jika Ia Datang Minta Makanan & Itulah Rezeki

jangan halau kucing jika ia datang

Jangan sekali-kali kita menghalau atau mengusir kucing yang lapar minta makanan datang mendekati ketika kita sedang asyik makan menjamu selera makanan sama ada di kedai makan, restoran atau di mana saja. Mengapa kita dilarang berbuat demikian kepada binatang comel yang amat disayangi Rasulullah SAW ini?

Kucing adalah haiwan yang amat menyenangi manusia dan binatang comel ini juga disukai oleh ramai orang kerana ia manja, lucu dan mudah didekati. Ia juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri sehingga ramai yang membela di rumah dan ada yang menganggap kucing sebagai keluarga dan kawan sendiri.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga ada memelihara kucing yang diberi nama sebagai Mueeza yang amat dikasihi oleh Baginda. Makhluk Allah ini sememangnya disayangi oleh ramai manusia sehinggakan turut dibelai dan dimanja, bukan kerana bulu-bulunya yang cantik tetapi kerana sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Jangan Halau Kucing Jika Ia Minta Makanan

Mungkin ada di antara kita pernah didatangi beberapa ekor kucing ketika sedang melakukan aktiviti di luar seperti makan di restoran. Pasti ada yang suka kucing akan memberikan makanan kepada haiwan ini dan tak kurang juga ada yang mengusirnya malah sanggup menyepak atau memukul binatang ini. Kenapa agaknya kucing minta makanan?

hukum halau kucing
Mengapa kucing datang mendekati kita sedangkan ramai lagi orang lain yang makan?

Tetapi, tidakkah anda terfikir walau sekali, mengapa kucing itu datang kepada anda sedangkan orang lain juga turut makan dengan makanan yang sama malah ada yang makan lebih banyak makanan di atas meja mereka. Tapi kucing tersebut hanya datang kepada anda seperti meminta-minta untuk diberikan makanan kerana lapar.

Pernahkan anda terlintas di fikiran yang sebenarnya kedatangan kucing tersebut seolah menghantar ‘pesan’ atau sebarang ‘petanda’ kepada anda? Mungkin juga ia didatangkan kepada anda dengan mempunyai sebab tertentu yang kita sendiri tidak tahu dan hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya.

  1. Allah sedang memberitahu makanan itu bukanlah rezeki kita semuanya. Sebahagiannya adalah rezeki milik kucing itu sebab itulah dia datang kepada kita
  2. Allah sedang beritahu apabila kita berikan makanan pada kucing itu ada rezeki yang lebih baik akan Allah gantikan kerana setiap satu kebaikan dibalas 10 kali ganda kebaikan. Allah Maha Mampu lebih dari itu
  3. Allah sedang beritahu, jika kita tak berikan makanan pada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak berikan pada kita

Sebenarnya, kedatangan kucing kepada kita tetapi tidak kepada orang lain adalah untuk mengingatkan kita seperti mana Allah SWT jelaskan dalam Al-Quran bahawa dalam rezeki kita masih ada rezeki orang lain dan mungkin itu juga untuk makhluk Allah yang lain iaitu kucing.

Begitu juga dengan zakat fitrah dan zakat harta yang wajib kita keluarkan untuk memenuhi tuntutan Rukun Islam seperti yang telah dituntut oleh Islam. Kita tidak sepatutnya menghalau kucing tersebut dan sepatutnya memberikan kucing sedikit makanan sebagai tanda sedekah kita kepadanya.

tanda kucing datang minta makanan
Sanggup kita halau kucing datang ke rumah dalam keadaan lapar? – Facebook
kenapa kucing mendekati kita
Jangan halau kucing jika ia mengikuti kita ke rumah selagi tak diberikan makanan.

Dalam konteks kucing yang datang ketika kita sedang makan, sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan kita yang sering lupa dengan tanggungjawab kita sebagai orang Islam iaitu berkongsi rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Ini bermakna makanan yang sedang kita makan itu adalah rezeki kucing itu juga yang perlu kita berikan kepadanya.

Baca : Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati

Memberikan makanan kepada makhluk Allah iaitu seperti kucing juga adalah salah satu kebaikan yang pastinya kita akan diberikan ganjaran pahala seperti mana firman Allah SWT di mana Allah akan sentiasa melipatgandakan setiap satu kebaikan yang kita lakukan bersamaan dengan 10 kali ganda kebaikan yang lain.

Begitu juga jika kita berkongsi rezeki dengan kucing atau manusia sekalipun, semua itu tetap dikira dan rezeki kita pasti bertambah-tambah yang didatangkan kepada kita dalam berbagai bentuk serta mungkin kita langsung tidak menyedarinya.

Walau bagaimanapun, segala kebaikan yang kita lakukan itu akan menjadi sia-sia sekiranya pemberian kita itu tidak ikhlas atau mempunyai sebab tertentu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa kita sedang membuat kebaikan. Begitu juga kebaikan yang dibuat dengan mengharapkan balasan daripada orang lain.

Namun, bagaimana pula rezeki atau makanan yang diberikan kepada kucing? Adakah terbalas? Haiwan ini semestinya tidak akan membalas setiap pemberian kita tetapi Allah SWT pasti akan membalasnya kepada kita dengan syarat pertolongan dan pemberian kita itu haruslah seikhlas hati kerana Allah.

Sebenarnya, ketika kita memberikan makanan kepada kucing, kita sedang belajar untuk memberi dengan penuh keikhlasan memandangkan kucing tidak akan membalas setiap satu pemberian kita malah tidak akan berterima kasih. Oleh itu, wajib untuk kita pastikan hati kita sentiasa ikhlas dengan kucing.

Percayalah, kedatangan kucing kepada anda dan haiwan ini meminta serta merayu-rayu meminta belas kasihan dan juga makanan, sebenarnya Allah sedang memberitahu kepada kita bahawa ada rezeki lain yang akan didatangkan kepada nanti. Jadi, berilah makanan kepada kucing dengan penuh keikhlasan.

Baca : Petua Elak Kucing Melepas Merata-rata

Rezeki Allah terlalu luas dan tiada sempadan, rezeki juga bukanlah duit semata-mata tetapi ia didatangkan dalam berbagai bentuk yang kita sendiri tidak akan ketahui. Oleh itu, belajarlah untuk ikhlaskan hati dan berilah makanan kepada kucing jika diminta bukannya mengusir atau menghalaunya.

Hukum Bagi Kucing Makan

Jangan halau kucing dan ingin ikhlas untuk memberi? Berilah kepada haiwan seperti kucing kerana kucing tidak pandai untuk mengucapkan terima kasih kepada kita dan ia hanya tahu merayu meminta dan makan. Rezeki itu luas dan bukan hanya ada pada duit ringgit tetapi meliputi semua seluruh kehidupan.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0