in ,

AWAS! Sila Buang Air Mineral Yang Tertinggal Dalam Kereta, Jangan Nak Jimat Sangat, Bahaya Menanti!

Masih ada yang minum air mineral atau air botol yang tertinggal dalam kereta selepas dibiarkan lama? Mungkin masih ramai yang minum air tersebut yang telah pun terdedah kepada haba panas dan juga sinaran matahari yang melampau.

Tahukah anda, air yang terkandung dalam botol yang terdedah dengan panas yang melampau dan sinaran matahari itu akan mendorong terjadinya barah?

Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah, lapor Mingguan Wanita.

Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia. Menurut doktor,

wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Moga kaum Hawa dan lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui info ini.

Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.

Berikutnya adalah rakaman video yang menerangkan mengapa anda perlu mengelakkan daripada meninggalkan air mineral dalam botol plastik dalam kereta.

Semoga kita semua dihindari daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments