in ,

(VIDEO) Operasi Pemindahan Kubur Kecoh Selepas Mereka Temui Satu Jasad Yang Masih Utuh & Elok Walaupun Berpuluh Tahun Dikebumikan

pemindahan kubur

Satu rakaman video yang memaparkan pemindahan kubur lama telah mengejutkan orang ramai selepas seorang pengguna Facebook memuat naik ke laman sosial yang menunjukkan satu mayat yang dipercayai telah dikuburkan selama puluhan tahun tetapi jasad masih lagi utuh seolah baru sahaja dikebumikan.

pemindahan kubur

Melalui perkongsian Ita Rosida, dia menulis di Facebook miliknya;

“Pemindahan makam di desaku. Desa Sidokerto, Kecamatan Bumi Ratu Nuban, Kabupaten, Lampung.”

Menurutnya, pemindahan kubur tersebut terpaksa dilakukan kerana kerajaan di sana merancang untuk membina lebuhraya bertol iaitu Tol Trans Sumatera.

mayat

Menerusi rakaman video tersebut dapat dilihat ramai penduduk yang terlibat dalam pemindahan kubur itu tidak henti-henti mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika kerja-kerja pemindahan mayat sedang dilakukan.

Manakala, kelihatan tiga orang lelaki yang sedang berada di liang lahad di salah satu satu kubur yang dikatakan jasadnya masih elok walaupun sudah berpuluh tahun lamanya dikebumikan di situ.

jasad

Ita Rosida turut menyatakan bahawa kejadian itu adalah menunjukkan kebesaran Allah SWT dan difahamkan jasad tersebut merupakan seorang alim ulama yang sangat terkenal serta turut bertanggungjawab menyebarkan agama Islam kepada orang ramai tidak lama dahulu di daerah berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mempunyai pendapat mereka masing-masing.

“Inilah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia dan kejadian ini membuktikan kebesaran Allah yang maha Esa,” jelas seorang netizen menerusi ruangan komen.

“Subhanallah! Nikmat apa lagi yang engkau dustakan? Sedangkan musuh-musuh Islam tak mempercayai hari akhir sedangkan mereka mengatakan orang Islam adalah PERAMAL-PERAMAL MASA DEPAN.”Mimie Dhelfy.

“Biasa sajalah utuh kain kafannya. Setahu aku, aklau masih utuh, itu bererti tidak diterima oleh Allah. Tidak sempurna maksudnya.”Sandi Doker

“Bertahun-tahun boleh percaya kalau beratus tahun jangan buat fitnah malahan dapat dosa saja.”Li Llir

Sesungguhnya kejadian sebegini sememangnya menunjukkan kebesaran Allah dan semoga perkara ini akan membuka mata semua umat Islam bahawa tiada yang disembah melainkan Allah yang maha besar dan Dialah yang maha mengetahui segala-galanya.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments