in

10 Jenis-jenis Gula & Kegunaannya Dalam Masakan & Minuman

jenis-jenis gula dan kegunaannya

Gula ada bermacam jenis-jenis yang dijual di kedai runcit atau di mana-mana pasar raya di Malaysia. Setiap jenis gula mempunyai tekstur yang tersendiri dan berbeza.

Pengunaan gula pula mengikut jenis masakan atau sajian seperti minuman, biskut, kuih muih, kek dan sebagainya. Cara untuk menggunakan gula dalam masakan atau minuman haruslah tepat mengikut jenis-jenis gula dengan betul.

Disebabkan itu, kita harus ambil tahu tentang kegunaan gula berserta kesesuaian setiap jenis gula mengikut menu yang ingin kita sediakan supaya tidak membuat sebarang kesilapan dalam penggunaan jenis gula tersebut.

10 Jenis-jenis Gula & Kegunaannya

1. Gula Pasir (Coarse Sugar)

jenis-jenis gula di malaysia

Gula pasir memang mudah untuk didapati malahan gula inilah yang sering kita gunakan setiap hari. Warna putih adalah warna asal gula dengan tekstur berbiji atau berbutir agak kasar. Ia dijual dengan harga yang lebih murah daripada gula-gula lain.

2. Gula Halus (Fine Granulated Sugar)

gula halus atau Fine Granulated Sugar

Gula halus yang juga berwarna putih ini amat sesuai digunakan untuk membuat biskut atau kek. Ia berbiji halus serta amat mudah untuk cair yang lebih memudahkan kita untuk dicampurkan dengan telur atau mentega.

3. Gula Kastor (Castor Sugar)

gula kastor ganti gula icing

Gula jenis ini juga berwarna putih bersih dan ia sering menjadi pilihan dalam pembuatan roti, kek, pastri, biskut dan sebagainya. Ia juga lebih halus daripada gula biasa serta mudah dicairkan untuk dipukul bersama telur dan juga planta atau mentega.

Jika gula ini tiada dalam simpanan kita, kita boleh menggunakan gula halus sebagai ganti gula castor yang boleh juga dibuat kek dan sebagainya dengan cara mengisar terlebih dahulu sehingga menjadi halus.

4. Gula Icing (Icing Sugar or Confectiners Sugar)

Icing Sugar

Dalam kategori gula putih, gula jenis ini adalah gula yang paling halus. Malahan ia bukanlah gula secara 100 peratus kerana campuran tepung jagung di dalamnya dalam kuantiti yang sedikit.

Gula icing juga amat jarang digunakan untuk pembuatan kek namun ia lebih mudah digunakan untuk membuat biskut jenis piping dengan tujuan untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut agar mudah dipicit keluar.

Gula icing juga sering digunakan dalam pembuatan icing mentega serta pembuatan fondant atau pes gula iaitu sugar paste.

5. Gula Perang (Brown Sugar)

apakah perbezaan antara gula merah dan gula melaka

Gula jenis ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu light brown atau dark brown. Kebiasaannya warnanya yang lebih pekat atau gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat dan sedap.

Gula perang juga biasanya lebih kasar serta digalakkan dikisar supaya teksturnya lebih halus serta menjadi mudah untuk dipukul bersama mentega atau telur.

Kegunaan gula perang biasanya untuk membuat biskut iaitu coklat chip, biskut halia, fruit cakes dan sebagainya yang amat perlukan rasa gula yang lebih kuat.

6. Gula Merah

kegunaan gula merah lembut

Gula merah biasanya digunakan untuk pembuatan kuih muih Malaysia iaitu seperti kuih buah Melaka, kuih lompang, kasui dan lain-lain. Gula jenis ini biasanya agak berpasir dan perlu dilarutkan terlebih dahulu dengan air panas serta ditapis sebelum menggunakannya.

7. Gula Melaka atau Gula Kabung

gula merah sama ke dengan gula melaka

Gula kabung atau gula Melaka biasanya agak keras serta perlu menggunakan pisau untuk memotongnya. Kedua-dua gula jenis ini mempunyai rasa yang lebih sedap daripada gula merah yang biasa.

Kegunaannya juga untuk membuat kuih muih tempatan seperti buah Melaka dan juga kuih tradisional yang lain. Kelazatan akan lebih terasa dalam masakan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam dan berbagai lagi dicampurkan bersama.

8. Sirap Emas (Golden Syrup)

kegunaan gula dalam kehidupan seharian

Warnanya agak keemasan dan rasa gula ini seperti gula hangus, namun ia tidak sekuat seperti rasa gula hangus yang asli. Gula ini juga adalah bahan sampingan iaitu cecair daripada pemprosesan gula.

Sirap emas ini biasanya digunakan untuk menambah rasa gula yang lebih manis kepada biskut, pencuci mulut, minuman dan sebagainya.

Baca : 8 Kegunaan Gula Dalam Kehidupan Yang Tak Pernah Disangka

9. Gula Hitam (Treacle or Molasses)

kebaikan molasses dan cara menggunakannya

Gula jenis ini juga adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula serta ia berwarna agak gelap seperti kehitam-hitaman. Biasanya kegunaan gula ini untuk menambah rasa bagi kek atau pencuci mulut ala barat.

10. Sirap Gula (Corn Syrup or Glucose Syrup)

corn syrup atau sirap jagung yang manis

Tekstur cecair yang agak pekat ini hasil diperbuat daripada kanji jagung telah dikomersilkan untuk memudahkan tugas membuat aising ais krim, fondant,atau mentega tanpa perlu membuat dirap gula sendiri dan ia juga dipanggil sebagai sirap glukos.

Itulah serba sedikit perkongsian dari Facebook tentang jenis-jenis gula yang terdapat pada hari ini berserta dengan cara menggunakan gula-gula ini untuk pembuatan menu dengan betul dan tepat. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0