in

Jual Minyak Masak Terpakai Kitar Semula Jana Pendapatan Sampingan

jual minyak masak terpakai alam flora

Kebiasaannya apabila kita menggoreng ikan dan apa saja jenis makanan dengan menggunakan minyak masak pastinya sesudah goreng, jika minyak terpakai tersebut hitam dan tak sesuai lagi untuk digunakan, kita akan terus membuangnya.

Sama ada dibuang ke dalam sinki, tong sampah atau ke dalam longkang belakang rumah atau di pintu dapur. Pembuangan minyak masak terpakai ke dalam longkang atau sinki sebenarnya tak digalakkan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Mungkin masih ada yang tak tahu pembuangan minyak ke dalam sinki akan menyebabkan sinki tersumbat. Tapi, kenapa nak buang minyak masak terpakai yang dah tak boleh digunakan sedangkan boleh recycle?

Eh bukan recycle untuk digunakan menggoreng makanan tapi dikitar semula dijadikan biodiesel. Jangan tak tahu yang minyak terpakai juga mempunyai nilai dan ada pembeli yang membeli dengan harga yang berbaloi-baloi.

Jual Minyak Masak Terpakai Dapat Duit Tunai

Mulai hari ini, jangan lagi buang minyak masak dan lebih baik simpan serta dijual semula kepada agen yang membelinya. Hasil jualan tersebut boleh dibeli minyak masak yang baru. Nak tahu macamana cara nak dapatkan duit dari jual minyak terpakai?

pembeli minyak masak terpakai
Minyak terpakai yang telah siap dibotolkan untuk dijual kepada pembeli atau agen.

Sebagai seorang pengguna yang bijak, anda mampu menukarkan bahan terbuang tersebut daripada bahan buangan menjadi duit. Ya, mudah sangat cara-caranya.

1. Pastikan anda mengumpul minyak terpakai di dalam botol bersaiz besar seperti ditunjukkan dalam gambar. Tindakan ini akan memudahkan semua kerja anda sebelum menjualnya.

2. Pergi ke pusat beli semua minyak terpakai mengikut waktu bekerja atau anda boleh menghubungi pusat atau agen tersebut untuk bertanyakan tentang waktu operasi tempat tersebut.

3. Anda perlu jujur iaitu dengan membuat label pada setiap botol simpanan minyak dengan menyatakan samada minyak masak tersebut halal atau tidak. Jika semua ok, pasti anda dapat jual minyak tersebut dengan mudah.

membeli minyak masak terpakai

Harga minyak masak terpakai di pasaran dalam lingkungan RM1.50 untuk 1kg. Ok tak? Ok kan. Dari terus buang lebih elok jual kepada pembeli atau syarikat Alam Flora yang setiap tahun bertan-tan mengumpulkan minyak yang telah digunakan.

Tiada sebarang masalah untuk anda jual minyak terpakai tersebut kerana sehingga hari ini banyak pusat pembeli minyak masak terpakai atau agen di seluruh Malaysia seperti di Putrajaya, Negeri Sembilan, Wangsa Maju, Ampang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan dan sebagainya.

Berikut kami kongsikan senarai pusat dan pembeli minyak masak yang telah digunakan, yang boleh anda jual dengan harga mengikut kuantiti, jenis atau gred minyak terpakai yang anda ingin jual tersebut. Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut.

minyak lama

Sebenarnya, masih banyak agen yang sanggup membeli minyak masak kitar semula itu dengan harga tinggi. Walau bagaimanapun, sebelum dijual, sebaiknya anda survey dahulu harga belian dari agen-agen yang berdekatan dengan tempat tinggal. Ada yang murah dan ada yang mahal.

Jika anda gagal mencari pusat pengumpulan atau agen yang membeli minyak terpakai di kawasan atau daerah tempat tinggal anda, anda boleh cari di ruangan cari di Facebook atau Google. Ingat, jangan buang!

Jadi, daripada bahan buangan tersebut dibuang begitu saja, lebih baik anda kumpul dan jual. Sekurang-kurangnya dapat juga pulangan duit daripada hasil anda mengumpul sisa-sisa minyak tersebut.

Minyak Terpakai Buat Sabun

Lebih menarik lagi, minyak masak terpakai bukan sahaja boleh dijadikan biodiesel tetapi ia juga boleh dibuat sabun. Berikut kami kongsikan cara membuat sabun guna minyak terpakai dan anda boleh cuba buat.

Mulakan dari sekarang untuk kumpul sisa minyak terpakai dan jangan dibuang. Selain dapat mengelakkan pembiakan bakteria anaerobik yang menciptakan bau yang sangat busuk, anda juga boleh berjimat cermat dan menjaga kebersihan rumah.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0