in

Jumlah Pekerja Yang Mengalami Masalah Pendengaran (Pekak) Di Johor Semakin Meningkat

masalah pendengaran

Permasalahan tentang kehilangan pendengaran kini telah dikenalpasti sebagai antara penyakit yang paling ketara yang amat membimbangkan di negeri Johor, lapor Harian Metro.

Menurut pendedahan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Saiful Azhar Mohd Said menjelaskan bahawa sebanyak 700 penyakit pekerjaan yang kini dilaporkan di Johor semenjak awal tahun ini sehingga sekarang.

Menurut beliau lagi, pihaknya mensasarkan bilangan tersebut akan meningkat kepada 780 kes dalam 4 bulan terakhir ini.

Manakala, sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada penyakit pekerjaan yang dilaporkan adalah kehilangan pendengaran yang berpunca daripada kesan pencemaran bunyi ketika dalam pekerjaan.

tak dengar atau pekak telinga
Masalah pekerja kehilangan pendengaran di Johor amat membimbangkan.

“Penyakit pekerjaan lain yang turut ketara dilaporkan termasuk kecederaan anggota badan dikenali sebagai penyakit otot rangka atau Muscular Skeletal Disorder (MSD).

“Kami yakin masih banyak kes belum dilaporkan dan berharap lebih ramai pekerja tampil melaporkan penyakit pekerjaan bagi membolehkan kami menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sesuai.

“Kami mengalu-alukan sektor perubatan termasuk hospital turut melaporkan kes berkaitan kepada JKKP,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), di Hospital KPJ Pakar Puteri Johor Bahru, Johor Bahru, semalam.

Selain itu, Haliza Khalid, Ketua Eksekutif KPK Pakar Puteri turut berkata, pihaknya sentiasa mempromosikan OSH di kalangan pekerja dan kakitangan hospital berkenaan.

Usaha tersebut adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran serta mempertingkatkan pengetahuan berkaitan OSH di kalangan kakitangan serta turut mengalakkan mereka mengamalkanna sewaktu memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments