in

Kad Perubatan: Mengapa Pentingnya Medical Card Untuk Semua Orang

kepentingan kad perubatan dan insuran

Mengapa kita perlu ada kad perubatan atau medical card dalam kehidupan? Mungkin ramai yang tidak tahu betapa pentingnya perkara ini, malahan pasti ada yang terlepas pandang selain menganggap ianya perkara yang remeh temeh tanpa memikirkan kepentingan dan keperluan.

Sebenarnya, medical card pada zaman sekarang boleh dianggap sebagai satu keperluan hidup bukan lagi kehendak kerana kos perubatan saban tahun pasti akan terus meningkat mengikut kemajuan dan teknologi semasa.

Hal ini dapat dibuktikan apabila anda ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan perubatan kerana caj perkhidmatan bukan lagi percuma pada zaman ini selain ubat-ubatan juga kosnya semakin meninggi sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan.

Anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam apabila menghayati perkongsian pengalaman daripada seorang guru ini dan juga seorang ibu yang telah kehilangan anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, Cikgu Zaharah.

Kenapa Pentingnya Kad Perubatan/ Medical Card

kepentingan kad perubatan insuran dan hospital
Kad Perubatan harus ada pada setiap orang demi masa depan yang lebih baik.

Saya dan Medical Card

Pada awal mengajar dulu gaji saya tak seberapa, namun saya masukkan anak-anak dalam takaful untuk pendidikan. Manakala saya pula menyertai takaful tapi untuk perubatan. Masa tu memang rasa agak sempit tapi bila memikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang saya teruskan juga.

Apabila anak ke-3 saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, mata saya lebih terbuka. Waktu saya tanyakan doktor untuk membawanya ke hospital swasta, doktor bertanya berapa cover medical card anak saya. Bila saya kata 500k, doktor kata ok. Kalau setakat 150k tak perlulah.

Hospital swasta juga bersedia untuk memindahkan anak saya, cuma keadaannya yang kritikal pada waktu itu, menyebabkan saya kekalkan di HSA sebab di sana ada pakar hati yang terbaik.
Bila anak saya meninggal, walau baru 3 bulan menyertai medical card, agen uruskan untuk saya mendapat yang selayaknya.

Alhamdulillah wang tersebut dapat saya gunakan untuk badal haji, saya dan suami ke tanah suci untuk mengerjakan umrah, serta selebihnya untuk kebajikan arwah (semoga diterima Allah).

Selepas pemergian allahyarham, saya tukarkan insuran pendidikan 2 orang anak saya yang masih bersekolah kepada insuran perubatan. 5 hari lepas anak ke-4 saya kemalangan.

medical card untuk semua jenis perubatan dan hospital
Banyak kelebihan medical card untuk perubatan dan rawatan di hospital.

Terima kasih kepada yang prihatin membawanya menjalani rawatan di KK P. Nenas. Walau lukanya tidak parah, saya risau kerana pengalaman ngeri 5 tahun yang lalu.

Saya membawa anak saya ke Colombia Asia, untuk rawatan lanjut. Bukan saya tidak yakin dengan hospital kerajaan tapi sebagai seorang ibu saya ingin dia mendapatkan rawatan yang lebih teliti.

Doktor Rohana mencadangkan buat city scan di kepalanya..Hasilnya masih ada serpihan kaca pada kepalanya. Bayangkan, bukan murah dan mudah untuk menjalani rawatan tersebut, namun dengan adaya insurans perubatan, saya tak perlu mengeluarkan sesen pun. Wadnya juga sangat selesa.

Sewaktu di sana saya bertemu seorang rakan. Suaminya perlu buat pembedahan kecil. Kosnya 11k, kena bayar tunai sebab tiada insuran perubatan. Jika saya pun pasti terkedu, tapi kena buat juga sebab tak nak bertangguh untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.

Saya bersyukur kerana menyedari perkara ini walau dikira agak lewat. Memang berbaloi membayar RM310 sebulan untuk 2 orang anak walau pada mulanya rasa perit nak budget perbelanjaan bulanan.

Nampaknya perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan semakin meningkat setiap tahun. Saya tak dapat bayangkan untuk 10 tahun lagi. Semoga kita kekal sihat, inshaallah.. namun tak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan memahami tentang betapa penting kad perubatan bagi setiap orang. Dapatkan medical card anda dengan segera mengikut kemampuan anda sendiri.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0