in

Kalau Harga Barang NAIK Setiap Bulan,Berapa Banyak Gaji Pun Susah Cukupkan.

Kalau Harga Barang NAIK Setiap Bulan,Berapa Banyak Gaji Pun Susah Cukupkan.

Bak kata mak-mak sampai dah tak tahu nak berjimat cara mana lagi, Ada betulnya kata-kata ini, ‘berapa banyak gaji pun susah nak cukup, kalau harga barang naik setiap bulan.”

Macam-macam tip kewangan dah cuba diaplikasikan demi untuk mencukupkan perbelanjaan.

Apa yang dirasai Firdaus Shakirin ini turut dirasai orang lain sebenarnya. Sekarang ini, memasak untuk lauk tengahari pun terpaksa dijimatkan untuk dimakan pada sebelah malam.

Perbelanjaan membeli barang basah untuk sebulan saja mencecah RM1000.

Belum masuk lagi belanja anak sekolah, tiba-tiba ada kecemasan anak sakit dah kena keluar belanja lain pula di situ. Sungguh perbelanjaan bulanan sekarang begitu menduga kehidupan.

Hadamkan kisah beliau ini.

Harga Barang Naik Setiap Bulan

“Kalau anak makan lauk tak habis, tinggal untuk abang”

Saya cakap kat wife, suruh wife simpan lauk lebih tengahari untuk saya makan malam. Nanti balik kerja, saya makan, takyah masak dah… jimat sikit sebab,

RM100 sekarang, dapat la ayam, ikan dengan sayur untuk makan 3, 4 hari.

Pastu kena beli pulak, RM100 lagi… udang dengan sotong, tak berani pegang terus dah, sekilo RM35-RM40.. fokus ayam dengan ikan ja untuk barang mentah.

Baca sini : Ramai Gusar Harga Ayam, Minyak Masak Naik Julai Ini, Kerajaan Tak Mampu Tanggung RM20 Juta Subsidi

Sebulan Hampir RM1000 Dibelanjakan
Daging hanya beli bila dapat gaji, itupun daging frozen, sekilo RM18.

Sebulan, hampir RM1000 dibelanjakan hanya untuk beli barang basah… barang kering tambah plak dalam RM300-RM500 lagi.

Berapa banyak gaji pun susah nak cukup kalau harga barang tu setiap bulan NAIK.

Makin terasa sangat sekarang ni, bajet dan poket makin nipis dah.

BACA : Rakyat Malaysia Bakal Menghadapi Kenaikan Harga Barang Secara Mendadak Kerana Subsidi Akan Dimansuhkan Pada 1 Julai ini

Mingguan Wanita : Terbaru, bermula Julai nanti subsidi minyak masak tulen botol untuk 2 hingga 5kg dimansuhkan. kecuali minyak masak peket 1kg yang masih ada subsidinya.

Itupun nak mendapatkannya bukan mudah dan terhad.

Tak boleh bayangkan akan datang, sebab kenaikan harga minyak akan mempengaruhi harga bermacam lagi produk jualan berasaskan makanan.

Sumber/Foto : Firdaus Syakirin

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0