Anda mencari Kalendar 2021 versi kalendar kuda untuk melihat cuti sekolah dan cutim umum di Malaysia? Kami sediakan semua tarikh-tarikh penting tersebut bagi memudahkan anda untuk merancang sebarang percutian atau perancangan.
Kalendar 2021 ini dikongsikan dengan lengkap termasuk takwim cuti sekolah di Malaysia, public holiday, cuti umum, Hari Kelepasan Am Negeri dan Persekutuan berserta tarikh-tarikh penting yang lain termasuk tarikh kalendar Islam.
Antara tarikh-tarikh penting setiap dalam kalendar 2021 termasuk perayaan terbesar di Malaysia seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Krismas dan juga perayaan Deepavali turut disertakan.
Begitu juga dalam Kalendar Kuda 2021 cuti penggal persekolahan ini bagi tahun 2021 iaitu cuti sekolah yang panjang tetap diserta dengan berwarna warni untuk memudahkan anda melihat setiap cuti-cuti umum dengan mudah dengan mengecam warna yang dibuat.
Kalendar 2021 Cuti Sekolah Malaysia
Berikut di dalam Kalendar 2021 ini disenaraikan sekali lagi satu persatu tarikh-tarikh penting termasuk cuti umum dan juga cuti penggal persekolahan serta tarikh perayaan-perayaan yang penting di Malaysia.
Anda juga boleh muat turun atau download Kalendar 2021 ini dalam bentuk gambar di sini atau Kalendar Kuda 2021 yang disediakan dalam bentuk file PDF yang boleh anda muat turun daripada Google Drive secara percuma.
Tarikh-tarikh Penting Cuti Umum di Malaysia
1. 1 Januari 2021 pada hari Jumaat Cuti Tahun Baru semua negeri kecuali Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
2. 14 Januari hari Khamis adalah Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan.
3. 28 Januari hari Khamis adalah Hari Thaipusam di negeri Johor, Kuala Lumpur, negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya dan Selangor.
4. 1 Februari Hari Wilayah Persekutuan
5. 12 Februari pada hari Jumaat adalah Tahun Baru Cina 2021 di seluruh Malaysia.
6. 13 Februari pada hari Sabtu hari kedua Tahun Baru Cina 2021.
7. 4 Mac pada hari Khamis adalah cuti Israk Mikraj bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.
8. 23 Mac pada hari Selasa adalah Hari Keputeraan Sultan Johor.
9. 2 April pada hari Jumaat adalah Good Friday bagi negeri Sabah dan Sarawak.
10. 13 April adalah Awal Ramadhan bagi tahun 2021.
11. 15 April pada hari Khamis Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.
12. 26 April pada hari Isnin adalah Hari Keputeraan Sultan Terengganu.
13. 29 April pada hari Khamis adalah Hari Nuzul Al-Quran dan cuti di semua negeri kecuali di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
14. 1 Mei pada hari Sabtu adalah Hari Pekerja di seluruh Malaysia.
15. 13 Mei pada hari Khamis adalah Hari Raya Aidi Fitri bagi tahun 2021.
16. 26 Mei adalah hari Wesak bagi semua negeri jatuh pada hari Rabu.
17. 7 Jun iaitu pada hari Isnin adalah Hari Keputeraan YDP Agong bagi semua negeri di Malaysia.
18. 20 Julai pada hari Selasa adalah Hari Raya Haji.
19. 10 Ogos pada hari Selasa adalah Hari Awal Muharram bagi semua negeri.
20. 31 Ogos pada hari Selasa adalah hari sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara.
21. 16 September pada hari Khamis adalah Hari Malaysia bagi semua negeri.
22. 19 Oktober pada hari Selasa adalah Maulidur Rasul di semua negeri.
23. 25 Disember pada hari Sabtu adalah Hari Krismas bagi seluruh negeri.
Jika anda ingin muat turun kalendar kuda, anda boleh klik link Google Drive yang kami kongsikan di sini, Kalendar 2021 Malaysia PDF.
Kalendar Kuda 2021 Malaysia












Jika anda perlukan aplikasi Kalendar Kuda untuk Kalendar 2021 anda boleh download secara terus melalui laman Google Play. Dengan menggunakan aplikasi kalendar tersebut, ia lebih mudah kerana tersedia di telefon bimbit anda.
Semoga perkongsian Kalendar 2021 cuti sekolah, cuti umum dan seumpamanya bagi tahun 2021 untuk negeri-negeri di Malaysia akan bermanfaat buat anda. Rancanglah hari cuti atau percutian anda bermula daripada sekarang supaya ia menjadi lebih mudah di masa depan.